Sebelum ini tular di media sosial, sebuah video aksi pasangan warga Rusia mencuci punggung menggunakan air suci di Bali minggu lalu. Video aksi tersebut dimuat naik sendiri oleh Sabina Dolezalova menerusi Instagram story.

Melalui video tersebut, kelihatan Sabina Dolezalova seperti sedang ‘bergurau’ bersama pasangannya iaitu Zdenek Slouka dengan menggunakan air yang mengalir dari kuil untuk membersihkan bahagian punggungnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, aksi mereka dikatakan telah mencemar kesucian kuil tersebut dan mengundang kemarahan penduduk setempat. Bagi anda yang tidak tahu, bagi masyarakat di sana, kawasan tersebut merupakan kawasan suci dan kelakuan mereka ini biadab dan tidak menghormati budaya di sana.

Menurut seorang senator dari Bali, Dr. Arya Wedakarna mengatakan bahawa tindakan pasangan itu telah mencemarkan kawasan peninggalan kuil yang dianggap suci di Ubud.Malah Dr. Arya menggesa pasangan tersebut untuk tampil memohon maaf kepada masyarakat setempat.

Berikutan itu, ada beberapa penduduk yang dikatakan telah meminta Agensi Imigresen Bali untuk menghalang mereka dari meninggalkan Bali dan bertanggungjawab atas aksi mereka. Lantaran itu, pasangan tersebut telah tampil memohon maaf melalui Instagram Story mereka dan mengakui kesilapan mereka.

Akan tetapi, ramai merasakan bahawa permohonan maaf mereka tidak ikhlas dan ada yang mengatakan bahawa terlalu mudah hanya dengan minta maaf segalanya telah selesai. Malah ada yang berasa patut ada denda atau tindakan sewajarnya.

https://twitter.com/JRX_SID/status/1160560989693067264

Terlalu banyak ragam pelancong dan sepatutnya sebagai seorang pelancong ke sesuatu tempat haruslah menghormati budaya setempat. Apakah pandangan anda mengenai isu ini?

Baca lagi: Lihat Orang Australia Ini ‘Flying Kick’ Penunggang Skuter Di Bali

Sumber