Konichiwa!

Bersiaran dari bumi Malaysia tanahairku.

Berjalan-jalan di Tokyo.
Berjalan-jalan di Tokyo.

Antara tempat yang mesti pergi walau sekali ialah Jepun. Biasanya trip mesti bawa ke Tokyo atau Osaka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Siapa nak ke Osaka dengan Cik Sue 12 sampai 17 November ini beritahu ya!

Sebagai pelancong wanita, 9 perkara ini mesti diketahui sebelum melancong ke sana ya.

Perkara No #1: Wanita Jepun Sangat Bergaya

Kita takkan jumpa (atau jarang sekali) lihat mereka pakai selekeh-selekeh ke ofis. Tas tangan (handbag) dan kasut selalunya sepadan.

Baju kelawar keluar ke kedai — apakah?

Pergi Seven Eleven pakai seluar track? No — itu warga Malaysia haha.

Jadi sebagai pelancong — bersiaplah dress up dengan cemerlang ya terutama jika kita banyak naik train. Dalam tandas awam di train station pun mereka bawa berus gigi untuk gosok gigi! Dan semua tandas awam wanita ada cermin khas untuk make up.

Mereka suka kita berpakaian cantik terutama pakaian pelik-pelik (yang cantik) macam jubah dan baju kurung.

Perkara No#2: Kulit Mudah Kering

Cuaca Jepun yang sejuk atau panas berangin memang selesa. Rasa macam kulit cantik je dan bedak yang dipakai tahan lama tak berpeluh seperti di Malaysia.

Walaupun begitu jangan lupa minum air masak banyak-banyak dan sapu krim untuk kulit muka dan bahagian badan lain terutama bibir.

Lima hari di Jepun tanpa pelembap memang merekah kulit membentuk peta dunia.

Cuaca lembap di Malaysia mengekalkan lembapan badan untuk makhluk kelahiran bumi Khatulistiwa haha.

Perkara No#3: Bawa Bekalan Ubat

Kawalan dadah di Jepun sangat ketat.

Siapa yang ambil pil perancang, bawa lebih daripada hari travel.

Katakan travel 5 hari — bawa bekalan 8 hari. Mana tahu jatuh atau hilang.

Susah nak beli di Jepun. Kena preskripsi dan pelbagai.

Begitu juga bawa ubat infeksi yis mana tahu ada jangkitan. Ianya tak dijual di farmasi.

Kena jumpa doktor untuk preskripsi dan kos perubatan di Jepun adalah tinggi.

Untuk musim panas dan orang yang suka berpeluh — bawa deodoran dari Malaysia. Kebanyakan deodoran yang dijual di sana kurang berkesan untuk kita manusia dari iklim Khatulistiwa haha.

Perkara No#4: Bawa Tisu Dan Botol

Kita dari negara kaya air. Tandas awam di Jepun kering dan bersih. Kadang-kadang tiada air jadi kena ada botol untuk isi air di sinki.

Kadang-kadang kehabisan tisu, backup tisu dalam handbag ya.

Cara pemasaran di Jepun ialah melalui pemberian tisu yang ada logo dan alamat syarikat mereka.

Ambil dengan gembira arigatogozaimas apabila ada orang beri tisu.

Perkara No#5: Shopping Di Kedai 100 Ýen

Macam-macam ada di kedai 100 Ýen (hyakuen store) seperti Daiso.

Earphone, cable charger, pinggan mangkuk, selipar, syampu, sabun, bedak, berus, kosmetik — rambang mata weh.

Mesti singgah dan shopping ya!

Perkara No#6: Baju-baju Di Jepun Sehingga Saiz XL Sahaja

Wanita Jepun saiz XS sehingga XL itupun masih tak muat saya nak masuk. Dalam gambar di atas, saya memakai saiz XL.

Setiap hari orang Jepun berjalan dengan sangat banyak. Maksudnya kalau kita bersaiz besar dan melancong tapi tak bawa baju banyak — dengan harapan nanti beli di Jepun, agak malap impian itu di sana.

Wanita Jepun berbadan saiz XSS dan sangat langsing.

Jika ada baju yang kita berkenan dengan niat ‘nak cuba pakai je’ — hati-hati dengan hasilnya dihadapan cermin. Ia boleh jadi output yang mungkin mendemotivasikan semangat juang yang di dalam itu haha.

Perkara No#7: Gunakan Koc Wanita Di Dalam Keretapi

Koc wanita di Jepun.
Koc wanita di Jepun.

Bagi Gaijin (orang asing selain orang Jepun, singkatan dari gaikokujin) — masalah yang sering dirisaukan ialah disentuh (diraba) ketika didalam keretapi terutama ketika waktu sesak.

Oleh yang demikian, kita boleh menggunakan koc wanita dan seandainya kita disentuh, beberapa pelancong wanita sebelum ini mengatakan bahawa kita boleh berkata “Stop” kepada lelaki tersebut dan melaporkan kepada koban (pejabat polis) berhampiran.

Saya mendoakan ia tak berlaku kepada kita semua.

Alert dengan persekitaran kita ya — walaupun Jepun adalah antara tempat yang selamat untuk wanita. Biarpun berjalan seorang diri ke kedai serbaneka pada waktu malam adalah selamat.

Namun kita masih perlu berhati-hati kan.

Perkara No#8: Bawa Beg Yang Sesuai

Bawa beg yang sesuai untuk membuang sampah kita seperti botol air mineral, air kotak dan air tin. Semuanya kena bawa balik dan buang di rumah. Basuh dan asingkan sebelum dibuang.

Kut-kutlah beg yang kita bawa itu mungkin tak bersesuaian untuk kita buang sampah kita takkan nak tumpang beg orang lain kan?

Tokyo tiada tong sampah disediakan. Begitu juga dalam pasarayanya.

Tong sampah kita ialah beg kita. Macam-macam ada di dalamnya bila kita sampai di rumah dan mengemaskannya.

Berada di Jepun bagaikan berada di masa hadapan.

Semua orang sangat bertanggungjawab terhadap kerjanya dan dirinya.

Perkara No#9: Kolagen Berada Di Mana-Mana

Terperanjat SKII dijual begini.
Terperanjat SKII dijual begini.

Bayangkan kulit orang Jepun dan keistimewaan SKII yang dihasilkan dari pitera begitu?

Minuman kolagen berada di mana-mana kedai serbaneka.

Teh kolagen, air mangga kolagen, gula-gula kolagen, pil kolagen dan pelbagai lagi dengan harga dalam 100 Yen iaitu lebih kurang RM3.70 sebotol.

Vitamin C dalam air botol pun dijual di kedai.

Teh hijau (green tea) bagaikan minuman ruji — selamat tinggal teh tarik!

Memang terasa wanita sangat bila berada di Jepun haha.

Bila-balik Malaysia tanahairku pandai-pandailah ganti bekalan kolagen tu dengan ikan bilis ke apa (menangis rindukan Jepun).

Beberapa jenama penjagaan kulit muka dari Jepun yang terkenal juga dijual di kedai-kedai sepanjang Euno Park.

Sekian 9 tip untuk wanita terbahagia.

Tokyo adalah sebuah kota moden dan tradisional yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Namun Kyoto dan Osaka adalah suatu lokasi yang mesti dikunjungi semua.

Jom 12–17 November 2016 ini bersama Cik Sue kita berbasikal bersama siang dan malam di kota Kyoto.