Berikutan penularan wabak chikungunya di Hatyai, Thailand, anda perlu melalui mesin pengimbas suhu badan bagi mengesan virus tersebut apabila melalui pintu sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Padang Besar. Ini merupakan satu inisiatif untuk mengesan mereka yang terjangkit dengan virus  tersebut justeru mengawal virus tersebut dari terus merebak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perlis, Teh Chai Ann berkata langkah berjaga-jaga itu dilaksanakan Jabatan Kesihatan Perlis berikutan bandar Hat Yai di Thailand dilapor dilanda virus chikungunya. Walaupun keadaan mash terkawal tetapi orang ramai perlu sentiasa diingatkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
1056 @ Kompleks Imigresen Padang Besar
Sumber: nuarneeda travelog

Untuk pengetahuan anda, pintu masuk di Padang Besar merupakan pilihan utama pelancong dari Hatyai kerana jaraknya lebih dekat berbanding pintu masuk di Bukit Kayu Hitam, Kedah. Malah, jika anda yang baru pulang dari Thailand dan mengalami tanda-tanda seperti demam panas, ruam di badan dan berasa sengal sendi, anda dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan di hospital berdekatan.

Sumber