Kecoh baru-baru ini apabila seorang lelaki bersama 4 orang rakannya yang pada awalnya berniat untuk membeli Sony Playstation 4 di Gamers Hideout cawangan 1 Utama bertukar menjadi detik hitam apabila dituduh mencuri game di kedai tersebut beberapa hari sebelumnya.

Ironinya, petuduh tersebut mempunyai kad ahli Gamers Hideout dimana aktiviti ‘mencuri’ seperti yang dituduh tampak kurang releven. Tanpa melengahkan masa, berikut merupakan bagaimana kes melibatkan petuduh serta staff Gamers Hideout melibatkan pihak polis ini bermula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejadian bermula pada petang 19 Mac 2017 apabila individu yang dikenali sebagai ‘Holy Chit‘ di laman Facebook bersama 4 orang rakannya singgah ke Gamers Hideout yang terletak di 1 Utama untuk membeli Sony PlaySation 4.

Setelah beberapa ketika berada di dalam kedai, ‘Holy Chit’ disapa sendiri oleh pengurus Gamers Hideout dengan nada yang tegas untuk memulangkan kembali game yang ‘dicuri beliau’.

Seperti yang anda boleh jangkakan daripada individu yang tidak melakukan perbuatan tersebut, ‘Holy Chit’ nampaknya terpinga-pinga untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh pengurus Gamers Hideout.

Pada mulanya, beliau mengangap apa yang terjadi itu sekadar prank sehinggalah pengurus tersebut menelefon pihak polis untuk siasatan lanjut. Mereka berlima juga turut dihalang untuk keluar daripada kedai sehingga pihak polis tiba.

Untuk mendapatkan kepastian ‘Holy Chit’ bersama rakannya diberikan peluang untuk menonton rakaman CCTV pada 22 Februari 2017 dimana dikatakan insiden kecurian tersebut berlaku. Malangnya, pencuri tersebut bukanlah beliau setelah didapati ‘Holy Chit’ pada ketika itu berada di Central Festival Mall di Setapak. Sosok tubuhnya juga kelihatan agak berbeza berdasarkan apa yang dilaporkan.

Setibanya pihak polis di tempat kejadian, mereka berlima dijalankan siasatan serta dikumpul kad pengenalan untuk siasatan lanjut. Siasatan yang berlarutan selama satu jam ini tidak menemui titik penamat sehinggalah ‘Holy Chit’ mengeluarkan kad ahli Gamers Hideout beliau untuk mengesan sebarang transaksi yang dibuat.

Tindakan beliau dibuat selepas salah seorang pekerja Gamers Hideout mengatakan ‘pencuri’ tersebut membeli sebuah game serta mencuri sebuah lagi pada hari kejadian.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila pengurus Gamers Hideout mahu membuat repot atas kejadian yang terjadi. Namun apa yang menjadi tanda tanya adalah mengapa pengurus ini mengambil masa yang begitu lama untuk membuat repot sehingga memerlukan ‘saspek’ tiba di kedainya semula sedangkan beliau boleh lakukannya selepas sahaja insiden berlaku.

Pekerja Gamers Hideout mula mengeluarkan laporan transaksi kedai tersebut pada tarikh 22 Februari yang tertuduh untuk membantu menyelesaikan siasatan. Nama sebenar ‘Holy Chit’ tidak terdapat di dalam senarai sebaliknya nama yang seakan-akan beliau yang tertera.

Pihak pekerja Gamers Hideout turut mengatakan ‘Holy Chit’ menggunakan kad ahli rakannya untuk membuat transaksi pada hari tersebut.

Seterusnya, pihak polis mengarahkan pekerja Gamers Hideout yang bertugas pada hari ‘insiden’ tersebut berlaku serta ‘Holy Chit’ untuk ke bilik siasatan untuk siasatan lanjut.

Walaubagaimanapun, arahan tersebut dihalang oleh pengurus Gamers Hideout berikutan kekurangan staff pada hari tersebut serta orang ramai yang membanjiri kedai tersebut. Setelah beberapa perbincangan dibuat, pengurus tersebut memilih untuk menghantar supervisor mereka.

Beberapa siasatan telah dibuat oleh sarjen yang bertugas dan berdasarkan rakaman CCTV yang ditunjukkan, jelas menunjukkan ‘Holy Chit’ bukanlah individu yang bersalah memandangkan sosok tubuhnya jelas berbeza berbanding pencuri yang sebenar.

‘Holy Chit’ turut meluahkan pemerhatian beliau di Facebook dimana supervisor dilihat begitu gelisah memandangkan beliau tidak bertugas pada hari ‘insiden’ tersebut berlaku serta beliau bukanlah individu yang menuduh tindakan petuduh.

Setakat itu sahaja luahan ‘Holy Chit‘ di laman Facebook beliau setakat ini. Nak tahu apa yang lebih mengejutkan setelah apa yang telah anda bacakan sejak permulaan artikel ini? Laman Facebook ‘Holy Chit‘ dikatakan digodam beberapa jam setelah status beliau mengenai Gamers Hideout ini dibuat. BOOM!

Memandangkan beliau mempunyai kad ahli Gamers Hideout, kami berpendapat beliau mungkin pelanggan setia kedai game tersebut sebelum ini. Namun ternyata layanan yang diterima selepas beberapa kali mengunjung ke kedai tersebut mungkin membuatkan Gamers Hideout bukan sahaja kehilangan ‘Holy Chit’ malah sejumlah ramai pengguna serta bakal pembeli.

Sayangnya, sehingga kini Gamers Hideout masih belum membuat sebarang permohonan maaf atas tindakan yang dilakukan. Dikhabarkan mesej yang dihantar ke laman Facebook page Gamers Hideout juga tidak dibalas ketika artikel ini ditulis.

Memandangkan komuniti gamers di Malaysia yang selalu unite serta cakna dengan beberapa isu terbaru, ramai yang berpendapat untuk memboikot Kedai Gamers Hideout ini seterusnya memilih untuk membuat belian di beberapa kedai ternama seperti Impulse Gaming Store dan Heavy Arm. Untuk pembelian secara online kami cadangkan anda mendapatkan di Lazada sahaja.

Setakat ini sahaja rentetan kes melibatkan ‘Holy Chit’ dan Gamers Hideout ketika ini. Artikel akan dikemaskini sekiranya terdapat maklumat tambahan mengenai isu ini.