Terbaharu, seorang pengguna TikTok @lyadhanea telah berkongsi sebuah video yang menunjukkan kekecewaannya apabila menjumpai ulat hidup dalam kuah laksa yang dibelinya dari sebuah cawangan kedai laksa terkenal terletak di Kajang, Selangor.

Keterujaan mahu nikmati hidangan kegemaran bertukar menjadi kecewa dan kembang tekak apabila melihat ulat bergerak dalam kuah laksa tersebut. Menurut laporan, Dhanea mengatakan kejadian tersebut berlaku pada minggu lalu dan makanan tersebut telah dipesan melalui salah sebuah aplikasi sekitar jam 5 petang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@lyadhanea

Dulu D’laksa ni quality tiptop, now hancurrr ❎ used to be my fav but no more..tu taugeh ke apoo?

♬ Kecewa Dalam Setia – Vita Alvia

Dhanea yang mahu menikmati makanan tersebut selepas Maghrib mendapati ulat ada dalam kuah laksa dan mengambil keputusan untuk membuang makanan terbabit kerana sudah berasa kembang tekak. Tambahnya, ulat tersebut berkemungkinan datang dari sayuran yang digunakan kerana ia masih hidup dan bergerak.

Oleh itu, dia telah membuat aduan kepada pihak berkenaan mengenai kejadian tersebut namun tidak menerima sebarang respon daripada kedai tersebut. Dhanea juga mengatakan tujuan beliau membuat aduan adalah bagi mendapatkan penjelasan lanjut selain meminta pihak pengurusan melakukan siasatan terhadap cawangan kedai terbabit.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen turut berasa kembang tekak melihat ulat ‘berenang’ dalam kuah laksa. Malah, ada juga netizen berasa pelik bagaimana ulat boleh ada dalam kuah laksa tersebut.

Bukan itu sahaja, para netizen juga bersependapat bahawa seharusnya setiap kedai makanan untuk menjaga kebersihan dan penyediaan makanan dilakukan dengan rapi agar tidak berlaku hal-hal seperti ini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Remaja Terima Balasan Segera Selepas Tunjuk Hebat Buli Warga Emas Dalam Lif

Didakwa Miliki Pelbagai ‘Pantang Larang’, Segelintir Netizen Kecewa Dan Kritik Hasil Inai Neelofa