Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seperti yang sedia maklum, pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan terdahulu tidak akan membenarkan sesiapa sahaja untuk makan di kedai makan.

Terbaharu, menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara yang dikendalikan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan hari ini menerusi sidang media sebentar tadi bersetuju untuk membenarkan orang awam dine in di kedai makan atau restoran namun hanya terhad kepada dua orang sahaja untuk satu meja. Paling penting, pengamalan penjarakan sosial 1 meter harus diutamakan.

Kebenaran peraturan yang terbaharu bukan sahaja memberi khabar berita gembira buat pengusaha-pengusaha restoran, bahkan pengusaha peruncitan lain yang ditutup sebelum ini boleh menarik nafas lega apabila baki sektor perniagaan peruncitan lain turut dibenarkan beroperasi bermula esok.

Turut tidak terkecuali, Dato’ Sri Ismail Sabri juga memberi peluang kepada penggiat seni industri kreatif tanah air untuk memulakan semula operasi mereka disebalik tabir dalam pembikinan drama atau filem dengan pematuhan SOP yang ketat berkuatkuasa mulai esok.

Khabar berita gembira ini bukan sahaja membantu memulihkan keadaan ekonomi negara bahkan ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko penutupan perniagaan bagi sektor-sektor yang terkesan disebabkan pandemik ini.

Berharap pandemik ini segera pulih agar kerajaan boleh membenarkan lebih banyak sektor-sektor perusahaan lain untuk dibuka semula dan memulakan operasi.

Sementara itu, baca lagi perkongsian daripada kami mengenai kisah-kisah yang berlaku sepanjang pelanjutan PKP 2.0 menerusi pautan di bawah.

Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Rakyat Malaysia Berpakat Belanja ‘Frontliner’ Makan

Demi Kelangsungan Perniagaan, Hotel 5 Bintang Di Melaka Ini Jual Nasi Bajet Serendah RM2

‘Merayu Dibenar Beroperasi Jika PKP Berlanjutan’- Zoo Negara Hanya Mampu Bertahan Hingga April Ini

Anda Mungkin Suka