Baru-baru ini Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyatakan penjualan kenderaan di Malaysia merosot sebanyak 0.76% iaitu 32,829 unit pada Januari tahun ini berbanding 42,942 unit pada bulan yang sama tahun lalu.

Tambah MAA lagi, berdasarkan bulan ke bulan jumlah penjualan untuk Januari 2021 telah merosot sebanyak 51% dari bulan Disember 2020 disebabkan pergerakan pelanggan terbatas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Jumlah penjualan yang lebih rendah pada Januari 2021 atas sebab penurunan jumlah orang pergi ke bilik pameran kerana penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan,” kata MAA.

Sumber Gambar: The Star

Pada masa yang sama, kebanyakan pelanggan telah membeli kenderaan lebih awal berbanding bulan Disember 2020 yang mengakibatkan beberapa syarikat kekurangan jumlah stok kereta untuk dijual pada Januari 2021.

Pihak MAA juga menjangkakan angka jualan untuk bulan Februari ini akan lebih rendah berbanding bulan Januari lalu kerana tempoh masa bekerja yang lebih pendek pada bulan ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah mengemaskini peraturan terbaru penggunaan cermin gelap.

JPJ Kemas Kini Peraturan, Pemilik Kenderaan Boleh Mohon Guna Cermin Lebih Gelap

Denda Sehingga RM2,000 Atau Penjara Kurang 6 Bulan, Jika Masih Berdegil Guna Tayar ‘Kangkang’

Sumber