Nama syarikat penerbangan Rayani Air pasti tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebelum ini, lesen penerbangan syarikat tersebut telah dibatalkan setelah dilanda beberapa kontroversi.

Terbaharu, Rayani Air dikhabarkan akan beroperasi semula pada tahun hadapan, 2020 dengan wajah baru tetapi masih lagi mengekalkan konsep patuh syariah. Perkongsian tersebut dikongsi melalui Facebook Rayani Air.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikutan itu, rata-rata netizen terutama sekali pelanggan Rayani Air sebelum ini tidak memberikan maklum balas yang positif. Malah, rata-rata netizen ingin pihak Rayani Air memulangkan kembali wang mereka yang dijanjikan selepas pembatalan penerbangan mereka.

photo_2019-12-30_21-35-44

photo_2019-12-30_21-36-01

Tahun berganti tahun, pelanggan Rayani Air masih belum mendapatkan wang mereka ketika krisis yang berlaku sebelum ini. Untuk pengetahuan anda, Rayani Air hanya beroperasi hampir setahun sahaja kemudian berlaku permasalahan teknikal lalu menyebabkan ramai penumpang terkandas kerana penerbangan dibatalkan.

Oleh itu, operasi Rayani Air digantung pada April 2016 dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) dan Sijil Operator Udara (AOC) Rayani Air kerana didapati melanggar syarat-syarat ASL dan kurang keupayaan daripada segi kewangan serta pengurusan untuk meneruskan operasi sebagai syarikat penerbangan komersial.

Adakah anda akan menaiki penerbangan Rayani Air setelah ia diperkenalkan semula? Apakah pandangan anda mengenai hal ini?

Di bawah ini kami senaraikan beberapa artikel yang sedang trending di The Vocket. Klik pautan di bawah untuk tidak terlepas berita menarik.

Cawangan Parkson Di MyTown Tawar Jualan Penghabisan Sebelum Tutup Operasi

Pelanggan Rasa Tertipu Beli Jenama Terkenal Charles & Keith ‘Palsu’ Di China

Anak Bruce Lee Tuntut RM94 Juta Daripada Kedai Makanan Yang Gunakan Gambar Ayahnya

Sumber