Jenama kopi terkenal di dunia, Starbucks Malaysia bakal disaman oleh pelanggan. Ini selepas namanya di cawan telah ditulis ‘Babi’ oleh pekerja Starbucks.

Dalam sebuah hantaran yang dimuat naik oleh halaman Meanwhile In Malaysia, seorang netizen dengan nama Bavitra Ramachandran berkata bahawa dia mahu menyaman Starbucks disebabkan namanya diletakkan sebagai ‘Babi’ pada minuman yang ditempah olehnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Starbucks Malaysia, saya akan menyaman anda!!!! Starbucks Sunway Medical Centre Starbucks Sunway Velocity, takkan awak punya pekerja Melayu tak tahu yang tiada manusia yang namanya bermula dengan babi,” tulis wanita itu.

Menurut hantaran terbabit, kejadian ini mungkin berlaku di Starbucks Sunway Medical Centre atau Starbucks Sunway Velocity.

Kecuaian ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku jika pekerja Starbucks bertanya untuk kepastian kerana nama wanita itu bermula dengan Bavi dan bukannya ‘Babi’.

Netizen di dalam media sosial Facebook bertindak mengecam Starbucks disebabkan kecuaian ini. Mereka juga mendakwa bahawa jenama kopi terkenal itu gagal untuk mendidik pekerjanya agar lebih bertanggungjawab dengan nama pelanggan.