Sekiranya anda menggunakan rangkaian Maxis, kami yakin sebahagian besar daripada anda pasti mengalami masalah melibatkan capaian internet pada hari ini.

Masalah ini turut disahkan Maxis dalam sebuah tweet daripada pertanyaan pelanggan dimana Maxis memaklumkan pihak mereka sedang mengalami masalah teknikal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Masalah yang berlaku ini membuatkan para pengguna gagal mendapatkan internet 4G manakala terdapat pengguna yang melaporkan kegagalan untuk membuat sebarang panggilan telefon.

Berikutan masalah yang berlaku, para pelanggan turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap telco ini. Tidak kurang juga mereka yang memilih untuk meninggalkan telco ini berikutan masalah yang dihadapi.

https://twitter.com/pundkim/status/1181101707083665408

Diharap pihak Maxis dapat menyelesaikan isu ini dengan pantas untuk mengelakkan kepada isu kehilangan pelanggan. Kami kongsikan kepada anda beberapa lagi artikel berkaitan telco di Malaysia. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Ketahui Telco Manakah Yang Terbaik Di Kawasan Anda Dengan Youtube Video Checkup

Celcom Secara Tidak Sengaja ‘Iklankan’ Telco U Mobile