Pandemik COVID-19 telah menguji kita dengan pelbagai cara. Malah, ada mereka yang dibuang kerja dan situasi ini telah mendesak mereka untuk menjalankan aktiviti perniagaan penjualan makanan untuk kelangsungan hidup.

Sebelum ini, kita sering kali terdengar akan kisah penghantar makanan sebagai contoh FoodPanda yang terkena prank atau usikan pelanggan mereka yang memesan makanan dan hantar terus ke rumah namun mereka enggan bayar makanan tersebut dan kerugian akan ditanggung oleh rider itu senditri.

Situasi ini seperti ini juga berlaku kepada seorang pengguna Facebook, Noor Bazilla Mohamed yang baru-baru ini ditipu dan terkena prank oleh seorang pelanggan lelaki yang sekadar mengusik serta sengaja bermain-main ketika memesan 4 bungkus nasi ayam, 2 bungkus nasi ayam penyet dan 6 cawan air Teh ‘O’.

bazila

Menerusi tangkap layar perbualan menerusi WhatsApp yang dikongsikan Bazilla kepada grup Facebook Komuniti Kuantan, pelanggan lelaki itu pada awalnya membuat pesanan makanan seperti biasa.

Apa yang menghairankan, lelaki tersebut seperti dikatakan Bazilla menetap di Damansara, namun lokasi untuk menghantar makanan adalah Semambu di Kuantan, Pahang. Ini pada awalnya sudahpun meragukan Bazilla tambahan pula ini kali pertama dia berdepan dengan pelanggan lelaki.

154765722_2024434871033089_2674217396794271383_o

Perbualan tersebut dilanjutkan dengan usikan gurauan dengan bertanyakan status bujang “Single atau taken?” kepada Bazilla. Sangkaan beliau pelanggan tersebut hanya sekadar mengusik dan Bazilla tidak ambil kisah lantas terus sahaja melayani karenah pelanggannya itu.

Setelah kesemua makanan yang dipesan oleh pelanggan lelaki itu sudah Bazilla siapkan dengan ‘rushing’, apabila ditanya menerusi perbualan WhatsApp, lelaki itu hanya berdiamkan diri walaupun sudah beberapa kali ditelefon oleh Bazilla untuk menyuruhnya datang untuk mengambil makanan.

Berdasarkan tangkap layar tersebut, hampir 40 minit Bazilla menunggu maklum balas pesanan mesej daripada pelanggan lelakinya itu. Paling menyakitkan, selepas lama menunggu, pelanggannya itu hanya mengucapkan terima kasih kepada Bazilla kerana sanggup menunggu ketibaannya dan pesanan makanan yang dibuat hanya sekadar hiburan jenaka baginya dan prank semata-mata.

155049852_2024434927699750_265779685411358431_o

“Terima kasih kerana sudi membazirkan masa,” ujar lelaki itu sambil menyertakan emoji ketawa.

Apabila Bazilla bertanya kepada pelanggannya sama ada jadi memesan makanan atau tidak? Lelaki tersebut hanya membalas dengan mesej “Saja nak main-main”. Ini menambahkan lagi rasa terkilan Bazilla dan dia tidak akan menerima pesanan makanan daripada lelaki itu lagi.

Berdasarkan luahan Bazilla tersebut, isu prank tempahan makanan ini bukanlah kali pertama terjadi kepadanya namun kali ini jumlah tempahan yang diterima agak besar dan ini sekaligus menyebabkan kerugian yang banyak kepada perniagaan makanannya.

Dia juga menasihatkan kepada peniaga-peniaga makanan yang lain yang menerima tempahan makanan dengan cara ini supaya berhati-hati dan kalau boleh, minta wang pendahuluan dahulu daripada pelanggan sebelum menghantar makanan tersebut. Apa pendapat anda akan isu ini?

Baca lagi perkongsian daripada kami yang trending menerusi pautan di bawah.

16 Rider FoodPanda Kena ‘Prank’, Tempahan Sampai Di Alamat Yang Sama

Bateriku Dan 15 Rider FoodPanda Jadi Mangsa, Kena ‘Prank’ Tempahan Sampai Di Alamat Yang Sama

Disangka Tipu Berat Timbangan, Pembeli Ini ‘Disekolahkan’ Penjual Baja Berpendidikan PhD

Sumber