Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak pandemik COVID-19 melanda Malaysia, jumlah penggunaan perkhidmatan food delivery semakin meningkat saban hari. Menurut Statista, sebanyak 58% daripada 10,118 responden kerap menggunakan aplikasi food delivery pada bulan Jun tahun lalu.

Baru-baru ini, salah seorang pengguna perkhidmatan GrabFood mendapat kejutan yang tidak disangka-sangka apabila makanan yang dipesan sampai di depan rumahnya dihantar dengan sebuah kereta McLaren 720S yang bernilai lebih RM1 juta.

Pada permulaan video tersebut, seorang abang GrabFood telah menghantar makanan ke satu lokasi dan kemudiannya dia ditawarkan untuk pergi menghantar pesanan seterusnya menaiki kereta Mclaren 720S.

“Naik kereta ini? Saya pun takut,” ujar abang GrabFood yang berasa terkesima dan pada masa yang sama turut berasa gembira kerana pertama kali dapat menaiki sportcar buatan England itu.

Video tersebut telah menarik perhatian orang ramai dan memuji tindakan lelaki tersebut yang menggembirakan hati kedua-dua pihak (abang GrabFood dan pelanggannya) pada satu waktu yang sama.

vocket-abang-grabfood-naik-mclaren-720s-4

Sumber Gambar: Facebook Isu Semasa Apa Hari Ini?

vocket-abang-grabfood-naik-mclaren-720s-5

Sumber Gambar: Facebook Isu Semasa Apa Hari Ini?

vocket-abang-grabfood-naik-mclaren-720s-6

Sumber Gambar: Facebook Isu Semasa Apa Hari Ini?

vocket-abang-grabfood-naik-mclaren-720s-7

Sumber Gambar: Facebook Isu Semasa Apa Hari Ini?

vocket-abang-grabfood-naik-mclaren-720s-8

Sumber Gambar: Facebook Isu Semasa Apa Hari Ini?

Setelah abang Grabfood selesai menghantar makanan, pelanggannya mengambil kesempatan untuk bergambar dengan kereta tersebut untuk mengabadikan kenangan bersama. Bukan selalu dapat pesan makanan yang dihantar menggunakan sportcar.

Apabila membaca komen-komen yang dikongsikan oleh orang ramai, lelaki yang menawarkan untuk menghantar makanan menggunakan kereta McLaren bukan sahaja membuatkan abang GrabFood dan pelanggannya berasa gembira, bahkan ternyata dia berjaya membuat penonton yang melihat video tersebut turut gembira.

Sebuah restoran di Kuching berjaya mendapatkan semula hasil jualan semasa PKP selepas membuat penghantaran menggunakan kereta Ferrari.

Jualan Restoran Di Kuching Ini Kembali Meningkat Selepas Hantar Makanan Menggunakan Ferrari F430

‘Rider’ Foodpanda Buat Pelanggan Terkejut Hantar Makanan Guna Harley Davidson

Anda Mungkin Suka