Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seorang lelaki berusia 60 tahun ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol kerana melanggar outlet Burger King di Kota Damansara.

Dalam kejadian 6 petang semalam, kereta Mercedes-Benz yang dipandu lelaki tersebut terbabas dan melanggar pembahagi jalan serta dua buah motosikal yang diparkir di tepi jalan. “Kemalangan tersebut turut merosakkan dinding, meja dan kerusi outlet berkenaan,” kata pembantu pesuruhjaya polis, Mohd Zani Che Din.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Mercedes Benz 3

Seorang pejalan kaki berusia 72 tahun dilaporkan cedera di bahagian kepada dan kaki disebabkan kemalangan ini dan pemandu berkenaan sedang disiasat oleh pihak polis.

Ada netizen yang memberi reaksi bersyukur kerana bukan model Myvi yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan ada juga yang pelik mengapa ada individu yang boleh mabuk di pagi hari. Pemandu berkenaan kini sedang disiasat di bawah Seksyen 43(1) dan Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Anda Mungkin Suka