Baru-baru ini perkongsian seorang individu menjadi bualan netizen apabila mendakwa harga ikan siakap dipesannya mahal di sebuah restoran di Langkawi. Menerusi perkongsian tersebut, harga yang perlu dibayarnya untuk ikan siakap seberat 7.48 kilogram itu berharga RM1,196.80.

Dapat dilihat di resit, jumlah keseluruhan bil termasuk hidangan makanan dan minuman lain pula adalah RM1,759.50 untuk tujuh orang makan. Malah, individu tersebut berasa terkejut pada awalnya ketika mahu membuat pembayaran dan menasihati pihak restoran seperti tidak menghidangkan ikan sebesar itu untuk 7 orang makan.

Tidak hanya itu, individu itu juga menyampaikan beberapa teguran lain kepada restoran tersebut. Malah, individu itu juga meminta agar orang ramai berhati-hati agar tidak ‘terkena’ seperti dirinya. Lantaran itu, wakil pemilik restoran itu tampil menjawab dakwaan pelanggannya yang mengatakan harga ikan siakap mahal.

Menurutnya, dia telah meminta pelanggan untuk melihat saiz ikan sebelum dimasak tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian. Malah, dia juga telah mencadangkan kepada pelanggan tersebut untuk mengambil ikan lain kerana lebih sesuai untuk dijadikan hidangan.

Bukan itu sahaja, Norasyikin telah menerangkan kepada pelanggan itu bahawa ikan yang dipesannya itu tidak dijual tetapi dipelihara dalam sangkar untuk dijadikan tontonan pengunjung restoran sahaja. Malah, harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu restorannya iaitu RM16 bagi setiap 100 gram (g).

Norasyikin turut menafikan pihak restoran mengenakan caj tambahan bagi pembayaran menggunakan kad kredit seperti didakwa pelanggan terbabit.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Pulang Ke Malaysia Selepas 2 Tahun Terkandas, Jururawat Ini ‘Diserang’ Netizen Singapura

Wagyu Tomahawk Bersalut Emas Berharga RM6,888 Raih Perhatian Netizen

McDonald’s Bawa Kembali Menu Ayam Goreng 3X Pedas Kegemaran Ramai Mulai Hari Ini