Semalam, media melaporkan bahawa Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia dan dijadual melaporkan diri akhir bulan ini.

Berdasarkan laporan terkini Berita Harian, berita pelantikan itu adalah benar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau difahamkan Ahli Parlimen Pasir Salak itu sudah menerima surat persetujuan daripada Presiden Indonesia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kita dah setuju untuk lantik, (kerajaan) Indonesia pun setuju. Beliau orang politik lama dan berpengalaman. Kita tunggulah dia menjalankan tugas, kita tengoklah,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri 2022 ‘Semarak Aidilfitri, Keluarga JPM dirai’ di Putrajaya, hari ini.

Datuk Seri Tajuddin sebelum ini pernah menyertai delegasi rasmi ketika lawatan kerja Perdana Menteri ke Indonesia bertemu Joko Widodo pada November lalu. Jawatan Duta Besar Malaysia di Indonesia kini kosong dengan yang terakhir disandang Datuk Zainal Abidin Bakar.

Ini beberapa artikel lain berkaitan YB Tajuddin dan Indonesia. Klik pada pautan di bawah.

‘Indonesia Tunjuk Sikap Positif Dan Optimistik’ – Elon Musk Teruja, Mahu Kerjasama Lebih Besar

‘Kami Bukan Republik Pisang’ – Indonesia Beri Peluang Kedua Kepada Tesla Untuk Teruskan Rundingan

Dilengkapi Teknologi Pembersihan Udara, Pelitup Muka Bernilai RM1,699 YB Tajuddin Jadi Perhatian Netizen

Sumber