Pelari bebas atau parkour sememangnya suka mencabar diri kerana ianya sebahagian daripada kegembiraan mereka. Namun, bagi pelari Sergey Shorokhov, hujung minggu yang lalu bukanlah hari gembira bagi beliau.

Ketika membuat lompatan di satu bangunan berketinggian 25 tingkat, Sergey ‘tersilap langkah’ apabila lariannya tersekat kerana satu wayar elektrik. Pada mulanya, beliau beranggapan wayar tersebut tidak berbahaya tetapi sebaliknya yang berlaku.

Nasib beliau baik kerana rakannya, Zlat berada berhampiran dan membantu beliau naik semula. Apa yang akan terjadi seandainya beliau membuat larian berkenaan secara solo dan tiada rakan di sisi?

Semalam, Sergey berkongsikan pula video berdurasi 9 minit di IGTV beliau perihal kejadian tersebut. Beliau dilihat sangat bersyukur kerana tidak terjatuh daripada bangunan tersebut yang boleh menyebabkan kematian.

Sergey berkata kejadian tersebut merupakan kejadian ‘hampir mati’ terburuk beliau sepanjang berkecimpung dalam sukan parkour ini. Sergey dilihat sangat bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk hidup dan akan lebih berhati-hati dalam aksinya selepas ini.

Bagi pelari bebas di Malaysia juga, janganlah terlalu ghairah untuk mencari views dengan membuat aksi yang boleh membahayakan nyawa. Semoga anda ambil iktibar dengan apa yang dialami oleh Sergey ini.