Heather Dorniden tidak akan melupakan insiden ini buat selama-lamanya. Dalam pertarungan terakhir Big Ten Indoor Championships yang berlangsung pada Mac 2008 telah melakar sejarah buat dirinya. Dia yang sedang mendahului di dalam pertandingan larian 600 meter telah tiba-tiba tersadung dan mukanya jatuh tersembam di atas trak. Baki larian masih ada lebih kurang 200 meter dan agak mustahil untuk memecut setelah jatuh sebegitu.

jatuh2

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, tindakannya yang luar biasa pada saat itu telah menjadi inspirasi kepada ramai orang dari seluruh dunia. Malah, dia sendiri turut tidak mempercayai apa yang telah berlaku.

“Apabila saya menonton (pita rakaman) itu, kadar jantung saya masih berdenyut dengan pantas dan saya hampir menggeletar,” katanya.

“Anda boleh menjadi gementar sekali lagi apabila melihatnya.”

Dia telah ketinggalan 30 meter ke belakang dan masih ada baki trek kurang dari 200 meter. Pada saat itu dia hanya mahu tamatkan larian itu hingga ke garisan akhir. Jeritan dan sokongan penonton yang sungguh kuat telah menyebabkan dia bertambah semangat mula berlari semula.

“Pada 50 meter terakhir, saya tak sangka dapat berlari dengan sekuatnya.” kata Heather Dorniden.

Aksi luar biasanya itu telah membolehkan dia menerima anugerah pertama kali diadakan iaitu Most Courageous Performance Award.

Sesungguhnya, berjaya atau tidak seseorang itu di dalam hidupnya adalah bergantung kepada tindakannya selepas menghadapi kesukaran.

Pilihan di tangan kita.

http://www.youtube.com/watch?v=xjejTQdK5OI

Sumber: UMN

Like The Vocket di Facebook