Sebagai seseorang yang bertungkus-lumus merakam detik-detik bermakna sesuatu peristiwa, sudah pastinya mereka mahu diberikan kredit atau pun pengiktirafan apabila hasil kerja mereka digunakan semula oleh pihak lain.

Bagaimanapun, tindakan seorang jurugambar yang meminta agar diberikan kredit berikutan gambar yang dirakam mereka digunakan kembali dalam satu hantaran di Facebook bagaimanapun dipersoalkan netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gambar tersebut sebelum ini ditangkap pihak ActionPix Malaysia ketika berlangsungnya salah satu kejohanan maraton di ibu negara. Gambar tersebut kemudiannya digunakan kembali peserta tersebut di akaun Facebook dipercayai miliknya baru-baru ini.

“Cuba bayangkan hantaran (status Facebook) ini tanpa gambar dari kami?

“Tiada apa-apa bukan? Kami bukannya menekan shutter tanpa menunggu detik yang betul untuk menangkap gambar ini.

“Dia boleh menulis 152 perkataan tetapi lupa untuk berterima kasih kepada jurugambar kami.

“Jika dia berkongsi (share) daripada page kami tiada masalah tetapi dia memuat turun dan membuat hantaran di akaunnya,” soal ActionPix di Facebook mereka.

Memakan diri

Bagaimanapun, permintaan agar jurugambar mereka diberikan kredit tidak diterima baik dengan netizen dengan masing-masing memberikan hujah dan sebab mereka yang tersendiri kenapa perkara itu tidak sepatutnya dilakukan.

Sambil menjelaskan lelaki tersebut tidak memotong bahagian watermark yang diletakkan bersama gambar tersebut, netizen juga berkata gambar tersebut yang diambil ketika acara larian adalah untuk dilihat kembali orang ramai yang terlibat dalam acara tersebut.

“Gambar tersebut bertujuan untuk dilihat dan dimuat turun orang ramai.

“Jadi apa yang anda (jurugambar) jangkakan, watermark yang besar itu sudah pun membantu anda,” tulis En Mka di hantaran tersebut.

Malah mereka juga berpendapat jurugambar tersebut sebenarnya yang perlu memberikan kredit kepada peserta larian tersebut.

Ini kerana menurut mereka, jurugambar tersebut berkemungkinan boleh menggunakan gambar tersebut untuk tujuan komersial perkhidmatan yang ditawarkannya.

“Kalau sukarela pun, dia yang sepatutnya bagi kredit pada model dalam gambar dan patut beri pampasan dan royalti jika guna untuk tujuan komersial bisnes dia.

“Apahal nak terima kasih pula, dia yg memandai shoot entah dari celah mana tak ada siapa minta pun,” jelas Azizal Adnan dalam ruangan komen hantaran tersebut.

Susulan daripada permintaan pihak jurugambar itu juga, ada netizen yang kemudiannya menzahirkan rasa bersyukur gambar mereka tidak diambil oleh pihak tersebut kerana mereka juga mungkin ditimpa perkara yang sama sekiranya perkara tersebut berlaku.

Bukan itu saja, netizen juga mencadangan untuk memboikot agar perkhidmatan pihak itu tidak lagi digunakan dalam mana-mana acara larian selepas ini dek kerana salah faham tersebut.

“[…] Thank god you did not capture any of my picture.

“Kalau aku post tak credit hang aku rasa kena maki ke apa?” soal Cun Kang Leow.

“Jangan benarkan ActionPix di mana-mana acara di Malaysia selepas ini.

“Dengan keadaan ekonomi sekarang, masih banyak persaingan daripada jurugambar yang hebat-hebat di luar sana,” seru Mech Ir.

Malah netizen juga berpendapat sepatutnya pihak jurugambar berhubung terus dengan indiivdu tersebut bagi membincangkan perkara tersebut dan ada juga yang menjelaskan perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana individu yang memuat naik kembali gambar tersebut dianggap sudah memberikan kredit yang sepatutnya dengan tidak memotong watermark yang di dalam gambar tersebut dimana orang lain mungkin tidak akan berkompromi dan memotong (crop) bahagian tersebut untuk tujuan mencantikkan gambar.

Jurugambar sememangnya diketahui mempunyai naluri mereka yang tersendiri. Baca perkongsian kami mengenai mereka yang mampu untuk menyerlahkan kreativiti walaupun terhalang dengan PKP sebelum ini di pautan di bawah. 

Cuma Perlu Waktu Yang Singkat, Jurugambar Ini Kongsi Gambar ‘Memorable’ Pengantin #NikahPKP

Jurugambar Ini Serlahkan Kreativiti Tangkap Gambar Gunakan FaceTime Menerusi Sesi ‘Photoshoot Online’

‘Kebanyakan Gambar Diambil Dari Dalam Kereta’- Jurugambar Ini Rakam Kesunyian Ibu Kota Ketika PKP

Sumber