Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nor Sarah Adi berjaya memperoleh pingat emas ke-19 buat kontinjen negara menerusi acara lompat bergalah pada temasya Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh. Anak kelahiran Pahang berusia 22 tahun itu berkata emas dalam acara lompat bergalah sama sekali tidak dijangka memandangkan dia ke sini untuk menyertai acara 4×100 meter (m).

“Saya layak untuk 4x100m tetapi menerima peluang untuk menyertai acara lompat bergalah. Tentunya peluang sebegini tidak selalu dapat dan saya mahu menjanjikan yang terbaik walaupun berdepan kekangan masa untuk berlatih.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

“Saya juga mengalami kecederaan belakang pada minggu lalu namun Alhamdulillah segalanya sudah diatur sebaiknya oleh tuhan. Saya nak melakukan yang terbaik juga dan syukur dapat melakukan lompatan 4m sekali gus memperbaiki catatan peribadi terbaik saya. Saya juga rasa seperti bermimpi apabila memenangi pingat emas ini.

Beliau kemudiannya membantu kuartet 4x100m wanita untuk meraih pingat gangsa. Gandingan Nor Sarah dengan S. Komalam Shally, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Azreen Nabila Alias mencatatkan 45.32 saat (s) manakala Thailand (44.39s) dan Vietnam (45.25s) meraih dua tempat teratas.

“Apabila menerima peluang untuk beraksi dalam acara lompat bergalah, peluang sebegini tidak selalu dapat. Jadi saya mahu memberikan yang terbaik walaupun berdepan kekangan masa untuk berlatih kerana hanya ada sebulan, hanya fokus teknik sahaja, tidak fokus asas lain,” katanya.

Benarkah Malaysia pinjamkan RM900 juta kepada Filipina bagi jayakan Sukan SEA Manila 2019? Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Benarkah Malaysia Pinjamkan RM900 Juta Kepada Filipina Bagi Jayakan Sukan SEA Manila 2019?

Pingat Emas Milik Gimnas Malaysia Ditarik Balik Oleh Pihak Penganjur Sukan Sea 2019

Khairy Jamaluddin Jadi Menteri Sukan Pertama Yang Akan Bertanding Di Sukan SEA