Malaysia adalah antara negara yang menjadi pilihan pelarian Rohingya, jadi tidak terkejut jika mereka sanggup membayar hampir RM10,000 kepada sindiket untuk masuk ke Malaysia secara haram, lapor Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som.

Berkata kepada Sinar Harian, Mohd Zubil menjelaskan bahawa bayaran pendahuluan sebanyak RM3,000 atau lebih akan dibayar oleh pelarian Rohingya ketika di kem pelarian Cox’s Bazar, Bangladesh. Manakala bakinya pula sekitar RM5,000 atau lebih akan dibayar sebaik tiba di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambah beliau lagi, sindiket penyeludupan manusia ini terbongkar selepas Maritim menahan dalang yang bertanggungjawab merancang penyeludupan itu. Katanya, kemasukan pelarian Rohingya ke Malaysia biasanya melibatkan ahli keluarga Rohingya yang sudah berada dalam negara dan ejen sindiket yang bertanggungjawab menjalankan perniagaan haram terbabit.

file-20171024-30587-71jcbf
The Conversation

Waris keluarga Rohingya mulanya akan memberi nama kepada sindiket terbabit siapa yang mahu dibawa masuk ke Malaysia. Daripada itu, pihak sindiket akan membuat rundingan dengan waris yang sudah dikenal pasti untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai keluarga di Malaysia pula, sindiket akan cuba mendekati mereka dan menawarkan harga untuk perjalanan masuk ke Malaysia. Ada sebahagian daripada pelarian Rohingya ini sanggup menjual harta atau tanah bagi membayar kos masuk ke negara ini.

Selain daripada menghubungkan dua keluarga yang terpisah. Sindiket ini juga membawa masuk pelarian wanita ke Malaysia semata-mata untuk berkahwin dengan pasangan yang telah ditetapkan oleh keluarga.

rohingya-2
Global Moms Challenge

Mohd Zubil dalam temuramahnya bersama Sinar Harian menyatakan bahawa pada operasi terakhir, mereka berjaya menahan 15 anak dara yang berusia 17 hingga 18 tahun yang datang ke negara ini untuk berkahwin dengan calon suami yang sudah lama menetap di sini.

Untuk rekod, pada Januari 2020, The Vocket pernah melaporkan bahawa Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah mengeluarkan amaran tegas kepada Myanmar untuk menghalang pembunuhan umat Islam Rohingya di sana.

Mahkamah Keadilan telah meluluskan langkah awal dan memerintah kerajaan Myanmar untuk “mengambil semua langkah dengan kuasa yang ada” untuk menghentikan penganiayaan kumpulan minoriti negara itu.

Ribuan pelarian Rohingya merusuh, tak mahu tinggal di kem yang sesak seperti setinggan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ribuan Pelarian Rohingya Merusuh, Tak Mahu Tinggal Di Kem Yang Sesak Seperti Setinggan

Kenapa Masyarakat Muslim Rohingya Tidak Sepatutnya ‘Merayakan’ Rampasan Kuasa Di Myanmar?

Kemenangan Buat Muslim Rohingya, Mahkamah Antarabangsa Perintah Myanmar Hentikan Genosid