Penindasan kejam tentera Myanmar terhadap golongan Muslim di Rohingya mendapat kecaman hebat, rata-rata masyarakat di seluruh dunia tidak bersetuju dan mengutuk tidakan keji tidak berperikemanusiaan ini. Menangis di bumi sendiri, bukan sahaja dibakar hidup-hidup, malah golongan wanita juga dirogol tanpa belas kasihan.

Demi meneruskan hidup, majoriti penduduk Rohingya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Bangladesh, manakala sebahagian daripadanya menuju ke Indonesia dan Malaysia. Di bawah ini adalah rakaman foto menunjukkan keadaan daif bot yang dinaiki oleh pelarian Rohingya.

Tanpa bekalan dan kelengkapan yang mencukupi, perjalanan panjang ini mungkin mengambil masa sekitar tiga bulan. Bayangkan dengan keadaan desak, makan pula hanya sekadar mengalas perut, apa yang lebih penting adalalah mimikirkan tentang keselamatan sendiri.

Paparan di bawah ini cukup untuk mengambarkan betapa siksanya kehidupan pelarian Rohingya dan lebih menyedihkan semuanya bergantung kepada nasib.

3

1

2

7

4

5

6

Dalam satu laporan baru-baru ini, disebabkan terlalu ramai pelarian Rohingya yang masuk ke Bangladesh secara haram, pihak kerajaan Bangladesh akan menghantar pulang semua pelarian Rohingya kembali ke Myanmar.

Dalam masa yang sama, Bangladesh memanggil duta Myanmar ke negara itu untuk melahirkan rasa prihatin terhadap krisis pelarian Rohingya di sempadan kedua-dua buah negara.

Sumber