Pemimpin parti Vox Sepanyol, Santiago Abascal berkata, pelarian Ukraine harus dialu-alukan di Sepanyol, namun pelarian Muslim tidak dibenarkan sama sekali mencari pelindungan di negara tersebut kerana baginya pelarian Islam berniat mengganggu dan menjajah Eropah.

“Sesiapa sahaja boleh membezakan antara mereka (pelarian Ukraine) dan pencerobohan pemuda Islam yang telah melancarkan diri mereka di sempadan Eropah dalam usaha untuk menggugat kestabilan dan menjajahnya,” kata Santiago Abascal di parlimen dalam satu klip video yang tular.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Abascal dan perang di antara Ukraine – Rusia ini telah menunjukkan sisi lain Eropah. Masyarakat dunia merasakan bahawa eropah sangat hipokrit dalam membezakan perang yang terjadi di Timur Tengah dan yang sedang terjadi di eropah.

Pemimpin parti sayap kanan itu mengutuk sekeras-kerasnya perang Rusia di Ukraine dan menegaskan ramai sekutu Putin berada dalam gabungan kerajaan progresif Sepanyol. Tetapi apabila perang meletus, kedudukan parti Vox tidak begitu jelas.

Di wilayah Aragon, ahli politik Vox enggan menyokong kenyataan yang mengutuk pencerobohan Rusia di Ukraine. Pada hujung minggu lalu, dua pemimpin Vox di kawasan Ceuta Sepanyol menyatakan sokongan kepada Presiden Rusia Vladimir Putin, namun menarik balik kenyataan mereka setelah dikecam teruk oleh masyarakat Sepanyol.

Pada 2015, Abascal memetik Putin dalam ciapannya, “Kami akan pergi ke hujung dunia untuk mencari anda, dan di sana, kami akan membunuh anda,” katanya.

Tetapi kini, pemimpin sayap kanan itu lebih berminat untuk membandingkan dirinya dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy, “Untuk Putin, (bekas ketua protes) Pablo Iglesias dan sekutunya (Perdana Menteri Pedro) Sanchez, lelaki ini adalah seorang neo-nazi. Kepada dunia bebas, dia adalah contoh, wira dan patriot,” kata Abascal dalam ciapannya.

Sokongan untuk Vox telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Malah, ia telah mengancam Parti Popular berhaluan kanan yang berada dalam krisis besar akibat perbalahan dalaman.

Tetapi Abascal dan sekutunya seperti Marine Le Pen dari Perancis, Matteo Salvini dari Itali dan juga bekas presiden AS Donald Trump telah menerima kritikan hebat sejak kebelakangan ini kerana sokongan vokal mereka terhadap Putin pada masa lalu.

‘Yahudi tidak boleh berdiam diri’ – Presiden Ukraine ajak orang yahudi bangun lawan Rusia. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

‘Yahudi Tidak Boleh Berdiam Diri’ – Presiden Ukraine Ajak Orang Yahudi Bangun Lawan Rusia

Perang Rusia Dan Ukraine, Apa Sebenarnya Yang Dimahukan Vladimir Putin?

Rusia vs Ukraine: Apa Akan Berlaku Jika Vladimir Putin Berjaya Tawan Kota Kyiv?

Sumber