Lujain (bukan nama sebenar), 32, telah menikmati pendidikan percuma dari kecil hingga dia dewasa walaupun dia seorang pelarian di Syria. Dia berketurunan Palestin yang lahir di kem Yarmouk, Damsyik.

Sebelum perang meletus di Syria, dia tamat belajar di Universiti Damascus dalam bidang psikologi dan falsafah di peringkat sarjana muda. Kemudian berkahwin dengan akautan warga Syria dan mempunyai dua orang anak dari hasil perkahwinan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Gambar: UNHCR/Ted Adnan

Pada 2012, dia terpaksa melarikan diri ke Malaysia apabila perang bermula. Segala rumah, kereta dan harta benda yang dimiliki terpaksa ditinggalkan. Waktu itu dia fikir hidupnya telah berakhir dan tidak sangka dia menjadi pelarian lagi.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana beri masa depan pada saya dan anak-anak. Hidup di sini tidak mudah kerana perlu bekerja kuat untuk teruskan hidup. Dulu saya suri rumah dengan kehidupan yang baik di Syria, sekarang saya mengajar pelajar pelarian,” ujar Lujain.

Gambar: UNHCR/Ted Adnan

Malaysian Social Research Institute mempunyai pusat pembelajaran. Disitulah Lujain belajar, mengajar dan mengaplikasikan kemahiran psikologi yang pernah dia pelajari dulu. Dia juga belajar bahasa Inggeris apabila tiba di Malaysia.

Di Malaysia, terdapat 21,700 pelarian yang masih di peringkat umur perlu ke sekolah. Hanya 30% mendapat akses pendidikan di informal community-based learning centres seperti tempat Lujain lakukan kerja sukarela ini.

Kesan peperangan membuatkan ada segelintir pelajarnya menjadi agresif dan nakal. Jadi, dia cuba memahami mereka dan mendorong mereka dengan pujian dan ganjaran jika jadi budak baik.

Gambar: UNHCR/Ted Adnan

Lujain gembira apabila ada perkembangan positif di kalangan pelajarnya dari segi pembelajaran. Mereka yang tidak tahu apa tentang bahasa Inggeris telah boleh membaca buku cerita dan berbual dalam bahasa tersebut.

Lujain percaya pendidikan akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat pekerjaan dan menjadi warganegara yang baik apabila dewasa kelak. Lujain juga percaya pendidikan tidak akan terhenti hanya kerana seseorang itu telah dewasa. Pendidikan itu akan membuatkan diri jadi berguna dan boleh bantu orang yang memerlukan.

Sumber