Selain kemenangan Joaquin Phoenix dalam kategori pelakon terbaik di Golden Globe, kemenangan Ramy Youssef dalam kategori aktor terbaik dalam siri television komedi/muzikal turut mendapat perhatian ramai.

Beliau memenangi kategori tersebut menerusi sirinya yang ditayangkan di Hulu, Ramy mengalahkan pelakon-pelakon ternama Hollywood yang lain antaranya Michael Douglas (The Kominsky Method), Bill Hader (Barry), Ben Platt (The Politician) dan Paul Rudd (Living With Yourself).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=N4Ek09B9YaY

Namun, ucapan kemenangan beliau yang mendapat perhatian dunia semalam. “Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Tuhan. Allahu Akbar. Saya tahu, ramai yang tidak menonton siri saya,” kata Ramy secara berseloroh dan menerima tepukan daripada penonton.

“Kami menghasilkan sebuah siri berkisarkan keluarga Arab-Muslim yang tinggal di New Jersey. Kemenangan ini sangat bermakna kepada kami dan saya mahu berterima kasih kepada semua yang terlibat,” tambah Ramy.

Walaupun bernada gurauan, ucapan kemenangan beliau sebenarnya adalah sindiran halus kepada hos Ricky Gervais yang pernah mengkritik aktor yang membuat ucapan terima kasih kepada Tuhan ketika memenangi sesuatu anugerah.

Ramy merupakan aktor berdarah Mesir dan siri Ramy ini menceritakan sisi benar generasi muda Mesir-Amerika Syarikat dalam mencari identiti mereka sebagai seorang American Muslim.

Jarang untuk seorang Muslim memenangi apa-apa anugerah semasa anugerah besar seperti Golden Globe dan Ramy berjaya membuktikan beliau boleh bersaing dengan pelakon ternama Hollywood yang lain.

Bercakap tentang Muslim, Mesut Ozil dikeluarkan dari permainan PES 2020 apabila mempertahankan kaum Muslim Uighur. Baca lagi tentagnya pada artikel di bawah.

China Keluarkan Mesut Ozil Daripada PES 2020 Kerana Mempertahankan Kaum Muslim Uighur

Joaquin Phoenix Menangi Anugerah Pelakon Terbaik Pada Golden Globes 2020