Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pelakon dan pelawak terkenal tanah air, Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar  bin Syed Mohd Redzuan, 32 tahun telah diumumkan meninggal dunia pada awal pagi tadi di kediamannya di Gombak.

Perkara tersebut disahkan isterinya Nor Hidayah yang memberitahu perkara itu disedarinya awal pagi tadi ketika mahu mengejutkan Allahyarham untuk bangun menunaikan solat subuh.

Menurut isterinya, Allahyarham Abam sebelum ini memang ada mengadu dia kurang sihat kepada isterinya sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” kongsinya kepada Astro Gempak.

Pemergian Abam itu turut diumumkan dua lagi kumpulan Bocey, Achey dan Fad di laman Instagram mereka.

Berusia 32 tahun, Abam meninggalkan isteri, Nor Hidayah yang dikahwininya pada 2017 dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Klik pada pautan di bawah untuk mengetahui keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 34 yang berlangsung di Axiata Arena semalam.

Sumpah Juara Anugerah Juara Lagu 34

Persembahan ‘Live’ Aina Abdul Cetus Kontroversi, Ini Penjelasan Beliau

Anda Mungkin Suka