Sebut mengenai pelawak veteran tempatan yang hebat dalam stand up komedi, pastinya Datuk Jamali Shadat antara yang diingati ramai. Pelawak legenda ini cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama Atan bersama atuknya serta rakan berbilang kaum.

Sebuah berita mendukacitakan pada pagi ini apabila dimaklumkan Datuk Jamali Shadat telah meninggal dunia pada 8.30 pagi hari ini. Perkara ini telah dimaklumkan kepada Harian Metro menerusi cucunya iaitu Isyraq Ariff Zalull Ariff.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
photo6111890148024233259_1612317391
Sumber: harian metro

Menurut cucunya, Datuk Jamali kerap sakit dan sangat terkesan selepas Allahyarham isterinya meninggal dunia pada Jun 2018 akibat serangan angin ahmar. Beliau dikatakan kerap termenung dan khayal mengenangkan isterinya yang sangat membantu dalam menyusun segala jadual aktiviti seni dan kehidupannya. 

Datuk Jamali juga dimaklumkan tidak mampu berjalan dan kurang selera makan sebelum menghembuskan nafas terakhir. Sepanjang hidup, beliau telah dikurniakan dengan lapan orang anak dan 39 cucu.

Takziah kami ucapkan buat Datuk Jamali Shadat sekeluarga. Pastinya ramai yang akan merindui lakonan watak bernama Atan dan Atuk berikutan pemergian pelawak veteran yang telah menghiburkan orang ramai ini.

Tular pada minggu lalu apabila anak ini telah didera ibu kandung selepas tiga bulan diambil daripada keluarga angkat.

Anak Ini Maut Didera Ibu Kandung, Bapa Tiri Selepas Baru 3 Bulan Diambil Dari Keluarga Angkat

Hanya Guna Perasa Semula Jadi, Chef Wan ‘Haramkan’ MSG Di Restoran Miliknya

Sumber