Menjadi pencinta kucing memang tidak dinafikan antara momen atau detik yang terindah dalam kehidupan kita. Telatah dan kerenah mereka yang comel ini sering saja menjadi penghibur kehidupan seharian kita.

Bila sudah menjadi kesayangan, kita  juga pastinya mahukan yang terbaik buat Si Comel ini . Bermula dengan pemilihan makanan dan diet yang terbaik sehinggalah penjagaan kesihatan mereka haruslah dititik beratkan.

Dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan di pasaran, ada ketikanya boleh menjadi rambang mata dalam memilih makanan yang terbaik buat Si Comel. Tetapi apa yang perlu anda ingat setiap kali dalam membuat pilihan adalah untuk memastikan ianya beresusaian dengan Si Comel anda.

“Banyaknya pilihan! Macam mana saya nak tahu produk mana yang sesuai dan terbaik untuk Si Comel saya?”

Pengambilan setiap jenis pemakanan yang mengandungi pelbagai nutrisi dan khasiat ini adalah sangat penting terutama bagi menjaga kesihatan dan penampilan mereka.

Dan jika sebelum ini anda sering mencari-cari dan tertanya-tanya apakah pemakanan yang sesuai buat Si Comel, hentikan pencarian anda kerana SmartHeart kini tampil dengan pelbagai pilhan melalui pelancaran dua rangkaian makanan kering mereka iaitu Special Care Formula dan juga pilihan makanan berperisa.

Untuk SmartHeart Special Care Formula, terdapat 6 pilihan dengan fungsi tersendiri seperti Mother & Baby, Kitten, Skin & Coat, Hairball Control, Sterilised dan juga Senior Care.

Manakala untuk makanan berperisa pula, SmartHeart hadir dengan enam perisa berbeza daripada Chicken & Tuna, Seafood, Salmon, Tuna & Shrimp, Mackerel dan juga Chicken & Whitefish.

Jangan risau kerana setiap produk makanan kering SmartHeart ini didatangkan khusus untuk memberikan kebaikan dalam setiap makanan yang dihasilkan sesuai dengan nama setiap makanan ini.

Teruskan membaca penjelasan di bawah untuk mengatahui kelebihan setiap formula yang ditawarkan SmartHeart kali ini.

SmartHeart Mother & Baby Cat

Mother & Baby Cat

Si Comel anda baru sahaja melalui proses kelahiran dan anda mahukan yang terbaik buat si ibu dan anak? Jangan risau kerana SmartHeart Mother & Baby Cat ada untuk memenuhi keperluan harian mereka.

Formula ini membantu menguatkan sistem imunisasi bayi Si Comel semasa proses penyusuan selepas Si Comel dilahirkan dan turut mengandungi DHA (minyak ikan) & Choline, Omega-3 (Bioton, Zinc & Omega 3&6), kalsium, Phosphorus & Vitamin D serta dirumus khas dan memastikan Si Comel mendapat nutrisi yang mencukupi semasa tempoh hamil dan penyusuan berlangsung.

SmartHeart Kitten

Kitten

Untuk rangkaian Special Care Formula juga, anda boleh mendapatkan SmartHeart Kitten jika Si Comel anda telah memasuki fasa umur kedua bagi anak kucing. Ini adalah untuk memastikan keperluan harian untuk tumbesaran Si Comel supaya keperluan nutrisi lembih terjamin.

Dihasilkan dengan DHA, Choline,Taurine dan banyak lagi daripada ikan, telur dan susu bagi membantu Si Comel memiliki memori, kepekaan, kebijaksaan dan penglihatan yang tajam.

SmartHeart Skin & Coat Formula

Skin & Coat (1)

Mahu menjadikan Si Comel anda sebagai tumpuan dengan bulu-bulu yang kelihatan sihat dan bersinar setiap kali tetamu berkunjung ke rumah? Atau untuk menyerlahkan lagi kecomelan sedia ada mereka?

SmartHeart Skin & Coat Formula ini wajib untuk dimiliki pemilik-pemilik kucing di luar sana. Dihasilkan dengan formulasi yang mengandungi Biotin, Zinc dan Omega 3&6, dry food ini akan membantu mengurangkan masalah keguguran bulu Si Comel selain meransang pertumbuhan bulu yang baru.

Keputusannya? Bulu Si Comel anda akan sentiasa sihat dan bersinar!

SmartHeart Hairball Control

Hairball control

Buat pemilik Si Comel yang mahu memastikan kucing-kucing kesayangan anda berada dalam keadaan kesihatan terbaik terutamanya berkaitan pencernaan dan penjagaan bulu, anda pula boleh menggunakan SmartHeart Hairball Control.

Sesuai dengan namanya, formula ini dilengkapi dengan dengan nutrisi yang seimbang serta kandungan serat tambahan yang penting untuk mengawal pergerakan usus dan mempermudah proses pembuangan bola rambut melalui najis Si Comel.

SmartHeart Sterilised Formula

Sterelised Formula
Telatah Si Comel yang menghiburkan hari-hari kita.

Bukan sahaja dihasilkan buat ibu dan bayi Si Comel tetapi rangkaian Special Care Formula daripada SmartHeart kali ini turut hadir dengan SmartHeart Sterilised Formula buat Si Comel yang baru sahaja melalui proses pemandulan.

Tahukah anda sebahagian kucing akan mengalami masalah penurunan kadar hormon, sekaligus menjejaskan metabolisma tubuh mereka.

Jadi untuk mengatasi masalah seperti pertambahan berat badan, formula ini adalah yang terbaik untuk memastikan mereka mendapatkan makanan yang seimbang, rendah kalori dan mengurangkan masalah pencernaan makanan.

SmartHeart Senior Care

Senior Care

Selain daripada pemakanan khusus buat Si Comel dan Si Kecil, SmartHeart kali ini juga tidak melupakan kepada Si Comel anda yang sudah meningkat dewasa dengan menawarkan SmartHeart Senior Care.

Formula ini dihasilkan dengan penuh keprihatinan terhadap Si Comel yang lebih berusia terutamanya dalam berhadapan dengan situasi menopause dan andropause. Mengandungi Glucosamine dan Chondroitins serta protein tambahan untuk memastikan mereka sentiasa kekal aktif.

Rangkaian makanan berperisa SmartHeart

General Flavored

Selain daripada enam makanan kering SmartHeart yang ditawarkan melalui rangkaian Special Care Formula, SmartHeart juga turut menawarkan enam pilihan makanan berperisa buat Si Comel anda.

Tidak lupa juga, warna yang digunakan bagi makanan kering berperisa SmartHeart adalah menepati piawaian dan mendapat kelulusan standard antarabangsa untuk makanan haiwan.

Dilengkapi dengan DHA & Choline, Bioton, Zinc, Omega 3&6,  kalsium, Phosphorus & Vitamin D untuk membantu pertumbuhan Si Comel secara menyeluruh, rangkaian makanan berperisa ini membantu menajamkan penglihatan, mempercepatkan tumbesaran serta memperkuatkan lagi memori dan kepekaan Si Comel terhadap keadaan sekeliling.

Antara perisa yang ditawarkan ialah;

  1. SmartHeart Chicken & Tuna
  2. SmartHeart Seafood
  3. SmartHeart Salmon
  4.  SmartHeart Tuna & Shrimp
  5.  SmartHeart Mackerel
  6. SmartHeart Chicken & Whitefish

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai produk makanan kering SmartHeart yang penuh berkhasiat ini, anda boleh melayari laman sesawang rasmi mereka di sini. Tidak lupa juga anda boleh melakukan pembelian secara dalam talian melalui pautan yang dibekalkan ini.

Jadi tunggu apa lagi, dapatkan mana-mana produk makanan kering daripada SmartHeart ini buat Si Comel anda sekarang juga. Hadiahkan mereka kebahagian dan kesihatan agar sentiasa ceria bersama kita setiap hari.

Baca juga perkongsian lain mengenai SmartHeart yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda

Mudah Dan Berkesan, Ini Tip Untuk Anda Mengeratkan Hubungan Dengan Si Comel