Sebagai pelanggan, kita tidak mahu berasa rugi lebih-lebih lagi apabila membeli barangan yang perlu menggunakan sukatan timbangan.

Bagaimanapun baru-baru ini seorang pelanggan di sebuah kedai pemborong berasa terkejut apabila mendapati berat daging sejuk beku yang dibelinya berkurangan sehingga 400 gram selepas daging yang dia pilih dipotong dan ditimbang semula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, persoalan pelanggan menerusi satu video TikTok itu dijawab oleh para peniaga lain yang sudah biasa membeli daging sejuk beku dalam skala yang lebih besar.

https://www.tiktok.com/@shafique_sharif/video/7196487633818750235?_r=1&_t=8ZeelOjHDaE

Menurut para peniaga lain, berat daging sebelum dan selepas dipotong berbeza disebabkan bahagian daging yang dipotong menggunakan mesin menjadi ‘habuk halus’.

Sebagai contoh mudah, netizen memberikan gambaran seperti mana pokok ditebang menggunakan mesin pemotong pokok (chainsaw). ‘Habuk halus’ daging itu diumpamakan ‘habuk pokok’ yang terjadi selepas pokok ditebang.

Sumber Gambar: TikTok @shafique_sharif
Sumber Gambar: TikTok @shafique_sharif
Sumber Gambar: TikTok @shafique_sharif

Oleh sebab itulah berat berkurangan bergantung pada saiz daging tersebut. Semakin besar saiz daging dipotong, semakin banyak ‘habuk halus’, semakin banyaklah jumlah berat yang akan ‘hilang’.

Tambah peniaga-peniaga lagi, jika tidak mahu berat daging berkurangan sebelum pembeli keluar dari kedai, maka tidak perlulah meminta pekerja kedai memotong daging tersebut dan pelanggan bolehlah memotong sendiri dagingĀ frozenĀ itu di rumah.