Kalau tak pelik bukan Tealive lah namanya, bukan? Kini Tealive tampil berkolaborasi dengan Mamee! hadir dengan Spicy Mi Boba yang pasti buat ramai orang pelik.

Mesti ramai tertanya-tanya bagaimana rasa Spicy Mi Boba ini, bukan? Oleh itu, kami telah mencuba Spicy Mi Boba ini dan ini pandangan jujur kami. Pada suapan pertama, Spicy Mi Boba ini berjaya ‘kick’ deria rasa kami dan buat kami rasa keliru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

photo_2020-10-05_13-07-45

photo_2020-10-05_13-07-31

Rasa pedas dan berlemak dalam satu masa yang sama cukup memeranjatkan kami. Umpama anda buat oat letak sambal dalam satu hidangan, itulah rasa yang kami dapat gambarkan.

Boleh dinikmati secara panas dan sejuk, Spicy Mi Boba ini cipta kelainan kerana ia bukan sekadar mi segera tetapi dihidang bersama boba. Rasa boba yang kenyal dan manis dipadankan dengan mi segera masih boleh diterima tetapi mungkin tidak akan ‘repeat’. Cukup sekadar mahu mencuba!

photo_2020-10-05_13-07-37

photo_2020-10-05_13-03-25

Buat anda yang rasa ingin mencuba kelainan Spicy Mi Boba ini, anda boleh dapatkan di kesemua cawangan Tealive bermula hari ini. Harganya hanya RM5.90 sahaja.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel ‘review’ makanan pada pautan di bawah ini.

McDonald’s Malaysia Perkenalkan 3 Siri Minuman Boba Baharu Pasti Buat Anda Terliur

Pedas Sangatkah Mi Kering Hitam Daebak ‘Ghost Pepper’ Ini?

Pedas Sangatkah ‘Ayam Goreng Extra Spicy 3X’ McDonald’s Ini?