Bahagian bonet enjin merupakan salah satu tempat yang sangat jarang dibuka oleh pemilik kenderaan. Tetapi pada bahagian tersebutlah yang sering memberikan ‘kejutan’ kepada pemandu kereta.
Baru-baru ini seorang pemilik kereta Proton Iriz telah berkongsi melalui Twitter pengalamannya memandu ‘bersama-sama’ bangkai seekor ular sawa sepanjang 3.6 meter.

WELP. 🥺😭😫 pic.twitter.com/0NvAxfrJhU
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
Tunggu bantuan sampai. Dari sini pun dah boleh bau bangkai. Lalat pun dah start hurung balik. 🥺 pic.twitter.com/hwqkEAbGXH
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
Sewaktu pulang dari kerja, Adila ada terhidu bau bangkai secara tiba-tiba. Semasa dia memberhentikan kereta untuk mengisi angin tayar, Adila terperasan ada darah menitik jatuh dari kereta. Lebih pelik lagi apabila dia dapati tiada kesan langgar pada bahagian hadapan keretanya.
Adila mengambil keputusan untuk menunggu bantuan daripada rakan sekerjanya. Menurutnya, walaupun dia berdiri beberapa meter jauh dari kereta, dia masih terhidu bau bangkai dan kelihatan lalat mula menghurungi tempat darah menitis.
UPDATE 2.0: Ular melilit dalam tu. Gambar depa dah ambik banyak, tapi aku masih tak berani nak tengok. Nanti dah setel, baru aku tengok dan update. 😞 pic.twitter.com/9NtcNhyiaA
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
Setelah rakan sekerja Adila sampai ke tempat kejadian, mereka dapati ada bangkai seekor ular sawa sebesar lengan lelaki dewasa tersepit dalam ruangan enjin kereta terbabit. Kereta tersebut telah dipandu ke rumah rakan sekerjanya untuk mengeluarkan bangkai tersebut.
Kerja-kerja untuk mengeluarkan bangkai ular sawa itu agak sukar kerana saiznya yang besar dan ia telah melilit pada bahagian dashboard kereta. Setelah tiga jam, barulah bangkai ular sawa yang bersaiz lengan lelaki dewasa dan panjang lebih tiga meter berjaya dikeluarkan.
TW: Masih sangkut. Ni tak sampai separuh badan lagi. 😟 pic.twitter.com/31KqRPPvSR
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
TW: Suku badan masih tersepit. Sebab gemuk, tak boleh nak tarik keluar. pic.twitter.com/ec9lje2CcT
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
Menurut Adila, dia sendiri tidak pasti dari mana bangkai ular sawa tersebut datang kerana tempat tinggal Adila dan tempat kerjanya tidak mempunyai kawasan hutan di sekitarnya.
Semoga pengalaman yang dikongsikan ini dapat membuat anda lebih berhati-hati dan sekali-sekala buka memeriksa bahagian bonet enjin hadapan kerana kadang-kadang ada ‘penghuni’ tidak diundang.
Baca lagi artikel-artikel terbaru yang kami kongsikan pada minggu ini melalui pautan di bawah.
‘Air Kotor Dan Menyedihkan’- Lelaki Ini Kecewa Lihat Keadaan Zoo Negara Tidak Diselenggara
Produksi Drama Rosakkan Khazanah Negara, Perak Bakal Ambil Tindakan Tegas Dan Tuntut Ganti Rugi
- SUMBER