Jika di Malaysia kita sudah rasa aiskrim nasi lemak itu pelik, anda belum tahu akan kewujudan aiskrim Indomie Goreng. Betul, anda tidak salah lihat kerana aiskrim perisa Indomie Goreng wujud dan ‘hit’ di Indonesia.

Kelainan aiskrim yang menggunakan perisa Indomie Goreng diperkenalkan oleh Holi Ice Cream. Difahamkan, penghasilan aiskrim itu disebabkan rakyat Indonesia suka makan Indomie Goreng dan kebiasaannya akan nikmati aiskrim buatan sendiri selepas itu.

https://www.instagram.com/p/CEVzD8HhSiY/

Maka tercetuslah idea untuk menghasilkan aiskrim perisa Indomie Goreng lengkap dengan bawang goreng untuk mencetuskan rasa mi segera itu. Harga untuk sebekas aiskrim ialah RP45,000 (~RM13) sahaja.

Jika aiskrim Indomie Goreng ini dipasarkan di Malaysia, adakah anda mahu mencubanya?

Kami kongsikan beberapa menu menarik yang anda boleh cuba sekarang sementara stok masih ada. Klik pada pautan di bawah. 

Burger King Perkenalkan Menu ‘Mozarella King’ Khas Buat Penggemar Keju Mulai Hari Ini

Kami Cuba KFC Crunchy Tandoori Baharu Dan Ini Pandangan Kami

FamilyMart Perkenalkan Menu ‘Chocolate Lava Cheese Croissant’ Mulai Hari Ini