Baru-baru tular satu rakaman video pendek di mana terdapat kemalangan kecil melibatkan dua buah kenderaan yang menyebabkan ramai warganet berasa geli hati.

Dalam video pendek berdurasi hampir 40 saat itu, kelihatan dua buah kereta berwarna merah telah melanggar antara satu sama lain semasa kedua-kedua pemandu cuba keluar daripada parkir kereta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sejurus perlanggaran kecil itu berlaku, pemandu dan penumpang kedua-dua buah kenderaan terbabit keluar untuk melihat keadaan bahagian belakang kereta masing-masing.

Yang mencuri tumpuan ramai apabila melihat kedua-dua kereta Honda City dan Proton Saga itu berwarna merah dan dipandu pula oleh wanita.

Dengan tagline ‘Wanita Tidak Pernah Salah’, membuatkan orang ramai berseloroh menyatakan kedua-dua pemandu langsung tidak bersalah dalam kemalangan kecil ini.

Netizen turut highlight sebuah Perodua Myvi selamat daripada tersepit semasa lalu di antara kedua-dua kenderaan terbabit sebelum kemalangan kecil itu berlaku.

Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia

Setakat artikel ini ditulis, video asal yang tular itu telah mendapat hampir 4,000 kali perkongsian dan ribuan komen daripada warganet.

Dalam banyak-banyak rakaman video dashcam yang pernah dikongsikan oleh orang ramai, rasanya ini merupakan kejadian kemalangan kecil yang paling unik dan mencuit hati sekali — jantina pemandu, warna kereta, posisi parkir, masa keluar dari tempat kereta adalah sama.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sudah mula menjadi trend, penjual kereta mula berkongsi ‘gambar bergegar’ untuk

Dilihat Lebih Efektif, ‘Gambar Bergegar’ Kini Jadi Trend Untuk Jual Kereta

Tidak Sabar Ke Restoran Nasi Kandar, Kereta Berhenti Mengejut Untuk Beri Laluan Kepada Lelaki Ini

Lambat Sentuh Kad Touch ‘n Go, Pemandu Kereta Kena Marah Dengan Penunggang Motosikal

Sumber