Pelbagai kajian yang menyentuh kesan positif pelitup muka oleh pakar bagi menunjukkan kepentingan pelitup muka dalam menangani wabak COVID-19.

Disebabkan itu, jenama Callie tampil menjawab setiap persoalan pengguna dengan menghasilkan pelitup muka berkualiti tinggi.

 

Iklan pelitup muka terkemuka, Callie kini telah dipaparkan menerusi skrin 3D Pavilion Mall, Bukit Bintang yang sering menjadi tumpuan orang ramai.

Paparan iklan itu bukan sahaja memberi perspektif gaya, malah peringatan kepada masyarakat umum untuk sentiasa memakai pelitup muka.

Kunjungi Callie Lab Pop-up 2022, Level-G, @ The Starhill

Selain itu, buat julung kalinya anda berpeluang untuk berkunjung ke Callie Lab Pop-up 2022 yang bertempat di Level-G, @ The Starhill bermula 18 April sehingga 1 May 2022.

Bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam, pengguna akan didedahkan dengan material berkualiti tinggi yang digunakan dalam setiap produk keluaran Callie.

Selain mendedahkan anda dengan teknologi dan inovasi yang digunakan oleh Callie, anda juga berpeluang untuk mencipta kotak bagi pelitup muka di salah sebuah stesen Callie Lab Pop-up.

Kunjungi Callie Lab Pop-up di Level-G, @ The Starhill untuk tawaran istimewa dan menarik bagi produk keluaran Callie.

Cabaran #SerasiBersamaCallie

Jika anda mahu memenangi pelbagai hadiah dan mahu wajah anda dipaparkan di The Starhill, rebut peluang dengan menyertai pertandingan #SerasiBersamaCallie.

Empat langkah cabaran #SerasiBersamaCallie:
1. Muatnaik video Reels di Instagram
2. Tag @Callie.Mask
3. Hashtag #SerasiBersamaCallie
4. Tag tiga rakan anda untuk lakukan cabaran ini.

Hadiah yang bakal anda menangi antaranya adalah lawatan eksklusif di Callie Lab Pop-up, barangan Callie dan menjadi wajah di The Starhill. Penyertaan ini bermula dari 1 April hingga 16 April 2022.

Untuk maklumat lanjut, sila berkunjung ke laman web CallieMask.Co atau terus ke laman Instagram dan Facebook pelitup muka jenama Callie.

Pelitup muka berkualiti tinggi

Callie tampil dengan rangkaian premium pelitup muka 4 lapis yang direka dengan bijak untuk digunakan secara maksimum dalam jangka masa panjang.

Setiap empat lapisan pelitup muka jenama Callie, ia berfungsi dalam memastikan perlindungan mutlak sambil mengekalkan tahap keselesaan yang tinggi untuk mereka yang menggunakannya.

Dari sudut teknikal, pelitup muka Callie memberikan kecekapan penapisan sehingga 99 peratus terhadap zarah mikro dan sub-mikron, bakteria dan virus, dengan keupayaan hidrofobik yang tinggi untuk melindungi daripada cecair bio dan titisan.

Selain itu, pelitup muka Callie yang berkualiti tinggi ini direka dengan mengambil ilham daripada gaya dari industri fesyen yang membolehkan pengguna mengayakannya untuk apa jua acara.

Untuk rekod, Callie telah pun diperakui kualitinya setelah diluluskan pensijilan barangan dengan SIRIM di bawah nombor pendaftaran BS EN 14683 : 2019.