Syarikat induk Ferrari, Fiat Chrysler Automobiles (FCA) NV dijangkakan membuka tawaran awam untuk sahamnya dengan kemungkinan harga di antara US$48 dan US$52 per syer apabila pemilik Fiat Chrysler Automobiles NV mahu menjual 9 peratus pegangan yang bersamaan 17.2juta syer.

Nilai syarikat akan naik di antara US$9.1 billion dan US$9.8 billion. Penjualan ini penting bagi meningkatkan dana kewangan untuk membayar hutang-hutang syarikat. Disamping itu, ia akan digunakan untuk membantu kewangan program pelaburan global terutama pemfokusan ke atas jenama Jeep, Alfa Romeo, dan Maserati.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pegangan FCA di dalam Ferrari akan berkurangan kepada 80% selepas IPO. Baki 80% ini akan diberikan kepada pemegang-pemegang saham. Apabila ini berlaku, Ferrari akan berpisah sepenuhnya daripada FCA. Tindakan ini akan menambahbaik imej Ferrari tanpa dibayangi FCA.

Kredit: carshowsafari.com
Kredit: carshowsafari.com

Ini berikutan berlakunya perbezaan pendapat dan pertikaian antara Ketua Pegawai Eksekutif Fiat, Sergio Marchionne, dan ketua Ferrari, Luca Cordero di Montezemolo berkenaan peningkatan jualan unit Ferrari untuk meningkatkan keuntungannya.

Bagi Montezemolo, peningkatan jualan kereta Ferrari akan menyebabkan pengurangan nilai eksklusif dan sekaligus kegagalan akan menyebabkan masa depan dan imej jenama Ferrari tercemar.

Selain itu, syarikat Fiat menimbangkan kemungkinan penyatuan dengan General Motor Company (GMC) sebagai satu cara untuk mencapai kestabilan dan menambahbaik nilai keuntungan. Tapi pihak GMC pula menyatakan tidak mahu menandatangani perjanjian penggabungan tersebut kerana penyertaan Fiat akan mencemarkan reputasi GMC.

Selepas penjualan saham Ferrari oleh pemilik FMC, dijangkakan Pengerusi Piero Ferrari iaitu anak kepada pengasas Enzo Ferrari akan mendapat pembayaran tunai sebanyak Euro 280juta. Piero Ferrari juga akan mengekalkan 10 peratus pegangan selepas pengasingan Ferrari daripada FMC.

Penstrukturan Ferrari akan mengadaptasi strategi yang telah dilakukan oleh FMC dan pembuat traktor CNH Industrial NV. Ia juga akan memasukkan penetapan pemilikan-kesetiaan di mana akan membantu keluarga Agnelli yang merupakan pemegang saham domian FMC untuk terus mempunyai kawalan ke atas undian tentang perihal Ferrari di masa depan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram