Sebelum ini, beberapa kisah kejayaan usahawan SME berjaya meningkatkan hasil jualan mereka selepas menggunakan bantuan pengiklanan di Rev Ad Manager pernah kami kongsikan.

Terbaharu, Dattel Asia Group (Dattel) bersama REV Media Group (RMG) membuat susulan dari kolaborasi strategik mereka dengan menganjurkan OHSEM ADS 2022 iaitu acara khas untuk para usahawan SME.

Baca Juga:

Untuk pengetahuan anda, OHSEM ADS 2022 akan dianjurkan pada 3 November 2022 bertempat di Mines 2, Seri Kembangan dan para usahawan SME akan mendapat penerangan berkaitan kelebihan pengiklanan melalui Rangkaian Media REV dengan menggunakan kuasa data perilaku pengguna.

Kebanyakan pengusaha SME yang pernah ditemui mengakui populariti laman web seperti Vocket, The New Straits Times dan SAYS tetapi kurang sedar bahawa laman-laman web popular ini adalah sebahagian daripada Rangkaian Media REV yang berjaya menarik jumlah pengunjung atas talian tertinggi di Malaysia.

Menurut laporan Comscore, Rangkaian Media REV dikunjungi seramai 15.8 juta individu setiap bulan, iaitu lebih ramai berbanding pengguna bulanan Facebook ataupun Google di Malaysia.

Walaupun panduan amalan terbaik pemasaran digital menyarankan penggunaan berintegrasi media sosial, pengoptimuman enjin carian, iklan Google, dan Penerbit Kandungan Premium, namun hakikatnya kebanyak SME hanya mampu menggunakan media sosial sahaja bagi kegunaan pemasaran disebabkan oleh titik masuk harga yang rendah.

Dari perbincangan dengan usahawan SME, mereka menyatakan tiga sebab utama mengapa rangkaian penerbitan kandungan premium seperti REV tidak digunakan dalam strategi pemasaran mereka:

1. Tanggapan rangkaian penerbit kandungan premium terlalu mahal dan di luar kemampuan mereka.

2. Keberkesanan rangkaian kandungan premium kurang jelas, walaupun selalu digunakan oleh jenama-jenama besar.

3. Tidak tahu bagaimana untuk berhubung dan mendapatkan maklumat lanjut sekiranya berminat OHSEM ADS 2022 akan menangani ketiga-tiga isu ini melalui perkongsian tentang kelebihan dan nilai tambah yang diperolehi usahawan SME melalui rangkaian penerbitan kandungan premium seperti REV.

Kolaborasi pertama di antara RMG dan Dattel telah dilancarkan pada Mac 2022 iaitu REV Ad Manager, suatu platform pengiklanan layan diri menggunakan AI. Platform ini memanfaatkan pendekatan inovatif dalam pengiklanan dengan menggunakan data tabiat pengguna bagi menyarankan laman web REV yang terbaik untuk mendapatkan audiens pilihan SME.

Kini REV Ad Manager telah diakses oleh lebih dari 100 jenama termasuk SME dan juga jenama besar dalam sektor peruncitan, fesyen, dan kesihatan. Melalui OHSEM ADS 2022, RMG dan Dattel berhasrat bagi memberikan peluang kepada semua SME yang hadir untuk menggunakan REV Ad Manager.

Peluang untuk membuat tempahan iklan kadar OHSEM yang hanya ditawarkan di lokasi

Usahawan SME yang hadir ke OHSEM ADS 2022 boleh mempertingkatkan keupayaan pemasaran dan pengiklanan mereka melalui REV Ad Manager dengan menghasilkan persona pengguna berdasarkan data tabiat pengguna.

Ianya termasuk pembahagian segmen pengguna mengikut 30 Arketaip Perilaku (Behaviour Archetypes) dan 12 Sifat Nilai Pengguna (Consumer Value Traits).

Platform ini boleh menghasilkan sebanyak 103,000 persona pengguna yang berlainan, meliputi 174 kategori produk dan perkhidmatan. Mereka yang hadir juga akan berpeluang untuk membuat tempahan iklan kadar OHSEM yang hanya ditawarkan di lokasi.

Kadar pengiklanan ini direka khas untuk usahawan SME dan membolehkan mereka menguji sendiri keberkesanan rangkaian penerbitan kandungan premium. Usaha ini pada asasnya memberi pilihan kepada SME untuk menarik audiens yang diinginkan pada kadar mampu milik.

OHSEM ADS 2022 turut disokong oleh Rakan Strategik Easystore dan unifi Business Club, Rakan Pembiayaan Myisco serta Dreamtalents Media selaku Agensi Digital Rasmi dan dijangka menarik sehingga 3,000 usahawan dan ahli pemasaran di kalangan komuniti SME Malaysia yang mahu memaksimumkan pulangan dari pelaburan pengiklanan (ROI) mereka.

Bagi para usahawan SME yang berminat untuk hadir ke OHSEM ADS 2022 dan menuntut akaun REV Ad Manager boleh mendaftar di laman web ini.