Adidas secara diam mengeluarkan model Adidas NMD ‘Pitch Black’ ini sebanyak 500 pasang secara percuma. Ianya akan diberikan kepada friends and family; kepada duta Adidas dan individu ternama yang menaikkan nama Adidas di seluruh dunia.

Adidas menghasilkan set edisi khas friends and family NMD ‘Pitch Black’ ini di mana dalamnya terdapat kasut bersama botol air, beg travel jenama Porter dan kesemua aksesori dalam gambar diletak dalam luggage bag RIMOWA 45L. Semuanya dengan warna all black.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

nmd woi

Adidas bermurah hati untuk menghadiahkan 100 pasang kasut daripada 500 pasang ini kepada anda! Bagaimana untuk dapat set ini? Sangat mudah dan anda hanya perlu ikut langkah-langkah di bawah :

1. Ikuti akaun Snapchat Adidas (@adidasOriginals) pada 12PM(masa US) Sabtu, Julai 30 (hari ini). Peraduan ini akan live selama 24 jam.

2. Adidas akan mengeluarkan beberapa siri nombor yang anda perlu cantumkannya bersama. Selepas lengkap, tulis, hantar dan tunggu langkah seterusnya.

3. 100 peserta akan dipilih secara random dan selepas Snapchat story itu tamat, peserta bertuah akan dapat set NMD_R1 PK ‘Pitch Black’ ini.

Kalau anda nak cuba nasib, bolehlah cuba peraduan ini. Buat masa sekarang tidak pasti sama ada anda akan dapat kasut sahaja atau sekali dengan set ini jika anda terpilih. Sempat lagi kalau anda nak buka akaun Snapchat untuk memasuki peraduan ini. Kalau tak pecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Selamat berjaya!

adidas-nmd-r1-pk-pitch-black-friends-family-2

adidas-nmd-r1-pk-pitch-black-friends-family-3

adidas-nmd-r1-pk-pitch-black-friends-family-5

adidas-nmd-r1-pk-pitch-black-friends-family-6

adidas-nmd-r1-pk-pitch-black-friends-family-7

Sumber