Katun merupakan seorang pelukis seni grafiti terkenal Malaysia dengan pelbagai rekaan untuk jenama komersil dan mural berskala besar. Tahun ini kelihatan memberi tuah kepada artis grafiti Malaysia iaitu Abdul Hafiz Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Katun.

Dalam laman media sosial Instagram beliau, Katun telah berkongsi dan mempamerkan hasil karya seni terbarunya yang istimewa pada kali ini yang dihasilkan khas untuk single terbaharu penyanyi Chris Brown iaitu “Undecided”.

Pada caption Instagram Katun dengan ayat beliau “Memulakan tahun 2019 saya dengan karya seni kolaborasi untuk single terbaru Chris Brown, Undecided”.

Menurut Katun, Chris Brown menginginkan ‘sesuatu yang misteri’ dan ‘sesuatu yang menonjol, jadi sebelum itu Katun menghantar sendiri pilihan-pilihan yang diinginkan oleh Chris Brown dan akhirnya beliau memilih karya seni yang memaparkan seorang kanak-kanak bersama ‘fortune guardian’.

malaysian-graffiti-artist-designs-artwork-for-chris-browns-latest-single-world-of-buzz-3-768×751 malaysian-graffiti-artist-designs-artwork-for-chris-browns-latest-single-world-of-buzz-5-768×743

Lagu Undecided nyanyian Chris Brown itu telahpun dilancarkan pada 4 Januari lalu dan ianya telah disenaraikan sebagai single pertama Chris untuk album keempatnya, “Indigo”.

Kami sangat berbangga dengan pencapaian baru-baru ini oleh Katun. Dia bukan sahaja menaikkan nama industri seni di Malaysia, tetapi juga berjaya berkongsi karya seninya di peringkat antarabangsa. Kami berharap dapat melihat lebih banyak bakatnya diiktiraf di peringkat antarabangsa.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber