Untuk menghasilkan sesuatu yang hebat, sudah pasti ia memerlukan usaha dan pengorbanan yang luar biasa.

Apatah lagi jika anda berada di dalam bidang seni kreatif yang memerlukan masa dan inspirasi yang tinggi untuk menyiapkan sesuatu projek.

65f679966446cec9887388afc81b2a8f
HYPE
SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda
Baca lagi →

Makan tak kenyang dan tidur tak lena mungkin adalah frasa yang tepat untuk menggambarkan keadaan sebenar mereka yang terlibat dalam bidang ini.

Malah, masa berharga bersama keluarga juga terpaksa dikorbankan jika anda sudah memulakan sesuatu projek seperti yang dikongsikan Fadzlan Rizan Johani.

Kenangan terindah itu kadangkalanya datang dari sesuatu yang sukar. 🤗Terima kasih semua 🙏.——————————————Mural location : 3.104972,101.677565 Vivo Nine Seputeh, Jalan Klang Lama.This mural is brought to you by MRCB.#treeofhope #dp9mural #dipapansembilanstudio #labouroflove #MRCB #VIVO9SEPUTEH #MRCBSEPUTEHLAND #kualalumpur #malaysia#mural #muralpainting #muralart #muralmalaysia

Posted by Fadzlan Rizan Johani on Monday, 20 January 2020

Bagi anda yang masih tidak tahu, Fadzlan adalah merupakan pelukis mural yang baru-baru ini tular selepas lukisannya di bangunan sekitar Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur siap sepenuhnya.

Posted by Hanif Fauzi on Monday, 10 February 2020

Bukan saja lukisan tersebut berjaya menarik perhatian orang ramai, malah kisah di sebalik penghasilan mural tersebut juga turut menjadi inspirasi buat mereka yang membacanya.

Nah kawan-kawan! Saya belanja sikit BEFORE & AFTER separuh dari keseluruhan bahagian mural nie. Kalau nak datang…

Posted by Fadzlan Rizan Johani on Saturday, 8 February 2020

“Saya mengambil masa lebih kurang sembilan bulan untuk menyiapkan keseluruhan mural ini yang bermula April 2019 dan siap Januari lalu,” ujar beliau.

Walaupun sudah berada di usia 40-an, namun beliau berjaya menyiapkan lukisan itu secara bersendirian selepas bertungkus lumus hampir 10 bulan.

“Saya makan, tidur, mandi dan solat juga di kawasan ini kerana akan mula melukis dan mengecat seawal pagi (selepas Subuh) dan saya berhenti rehat pada 2 petang dan menyambung semula kerja selepas Asar sehingga 3 pagi.

“Ada masanya, isteri datang untuk membantu apa yang perlu dan kenangan yang tak dapat saya lupakan, anak-anak serta keluarga terpaksa datang ke tempat saya pada hari raya mengambil gambar bersama,” katanya.

Bukan itu saja, dia juga terpaksa menyewa boom lift bagi memudahkan pergerakannya mengecat bangunan setinggi enam tingkat selain berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu.

Bagaimanapun, Fadzlan ternyata puas hati dengan maklum balas orang ramai yang menyukai lukisan muralnya di bangunan berhampiran Vivo Residential Suites di Kuala Lumpur itu.

“Syukur, penat lelah selama berbulan ini terbayar dan inilah hasil mural bertema Tree of Hope yang banyak menonjolkan pokok sawit dan alam semula jadi,” katanya yang terpilih untuk projek melukis mural daripada pemaju, MRCB,” kongsinya kepada Harian Metro.

Menurut laporan itu juga, lukisan mural yang dihasilkan Fadzlan ini juga adalah merupakan lukisan mural terbesar yang pernah dihasilkan oleh pelukis individu di Malaysia dengan saiz 1,950 meter persegi.

Melukis dan berkarya semestinya memerlukan sokongan dan dorongan terutama sekali dari ahli keluarga dan mereka yang tersayang.

Mural ini adalah sebahagian usaha MRCB untuk mencantikkan kawasan kejiranan projek perumahan TRIA Seputeh. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

Mengapa TRIA Seputeh Adalah Hartanah Terbaik Untuk Anda Bagi Jangka Masa Panjang

Walaupun ‘Ditipu’ Semasa Kecil, Lelaki Ini Hargai Sokongan Ibunya Hingga Jadi Pelukis Hebat

Persis Arkitek, Kanak-Kanak Ini Kreatif Lukis Lakaran Ubah Suai Rumah Di Usia 12 Tahun

Anda Mungkin Suka