Adakah menjadi satu kesalahan dan jenayah untuk melukis? Anda nilaikan sendiri melalui apa yang berlaku kepada sekumpulan pelukis yang berjalan-jalan untuk melukis di jalan Bukit Bintang berdekatan Lot 10. Saudara Ahmad Hakym dan saudari Atilya Putri berkongsi cerita mereka dihalau daripada membuat sesuatu yang sangat mereka suka, melukis.

Ketika sedang melukis, para pelukis tersebut di halau oleh pengawal yang mereka tidak boleh melukis di situ, sedangkan mereka bukanlah dalam satu kumpulan yang ramai dan mereka tidak berada dalam bangunan tersebut malah mereka melukis di café yang berada berdekatan situ untuk melukis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/ahmadhakym/status/1028504390699630592?s=19

Pihak pengurusan memberikan alasan bangunan tersebut tidak boleh dilukis kerana IP bangunan dan penyewa di bangunan tersebut tidak suka orang melukis kedai mereka. Tapi jika mereka ingin mengambil gambar ianya dibolehkan jika ianya selfie dan mereka dibolehkan untuk melakar orang, kawan, kereta dan lain-lain tetapi tidak bangunan.

Bagi anda diluar sana, apakah pandangan anda mengenai perkara ini? Adakah ianya salah untuk melukis sekadar untuk pembelajaran dan melukis untuk mempamerkan keindahan bandar kota Kuala Lumpur? Pihak Lot 10 perlu membuat kenyataan terbuka tentang isu ini.