Kejadian vandalisme memang biasa terjadi di mana-mana rumah penginapan jika guest yang menyewa seorang yang tidak bertanggungjawab. Namun, lain pula yang terjadi di sebuah rumah di Jepun ini.

Pemilik rumah di Jepun ini sangat bertuah kerana seorang pelukis Amerika Syarikat berbangsa Iran, Ali Sabet menginap di rumah milik Eric menerusi tempahan melalui laman Airbnb.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

BACA: Airbnb Kini Diharamkan Beroperasi Di Sabah

Eric merupakan peminat karya Ali Sabet dan sebelum Ali memasuki rumah berkenaan, Eric meinggalkan satu nota pesanan, “Harap ianya tidak menyusahkan. Bolehkan anda meninggalkan sedikit inspirasi (lukisan) di apartment ini? Ada satu bahagian dinding putih di bahagian pintu depan. Saya sangat berbesar hati jika anda boleh melukis sesuatu berdasarkan pengalaman anda di Jepun ini.”

Ianya nyata disambut baik oleh Ali. Oleh kerana diberi kebebasan untuk berkarya, Ali melukis secara penuh dinding berkenaan dengan menggunakan berus traditional serta dakwat traditional Jepun, Sumi. Hasilnya? Satu karya mural yang sangat cantik!

Ali melukis lukisan trademark beliau di dinding serta pintu menggunakan warna yang berbeza. Di dinding putih, beliau melukis menggunakan dakwat hitam dan di bahagian pintu hitam, beliau melukis tulisan Jepun dengan dakwat emas.

Sebagai perbandingan, sebuah karya lukisan Ali biasanya akan dijual pada harga USD3,000 (lebih kurang RM12,700) dan untuk karya mural ini, Ali tidak mengenakan sebarang cas terhadap Eric.

Sebagai tanda terima kasih, Eric mengembalikan semua bayaran yang dibuat Ali ketika menginap di Jepun dan sekiranya Ali ingin kembali ke Jepun dan menginap di apartment berkenaan, beliau boleh tinggal secara percuma bila-bila masa sahaja. Eric memang sangat beruntung. Wang boleh dicari tetapi karya seperti ini? Priceless.