Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Ada hari kita ‘diuji’ semasa menaiki kenderaan dengan pelbagai ujian yang tidak disangka-sangka semasa perjalanan. Lebih-lebih lagi apabila tayar bocor di tengah jalan.

Baru-baru ini pengguna TikTok tertarik dengan satu perkongsian video oleh Harrif Salleh, penunggang basikal lumba profesional pasukan Terengganu Cycling Team.

Di dalam video pendek tersebut, Harrif telah menunjukkan cara membaiki tayar basikal bocor dengan menggunakan daun-daun pokok atau pelepah yang ada di persekitaran sekiranya ketiadaan tiub ganti semasa kejadian berlaku.

HYPE
Ini Rupanya ‘Rahsia’ Pemain Bola Miliki Keyakinan Senyum Lebar Di Khalayak Ramai
Baca lagi →
@harrifsaleh

bila masuk hutan tak bawak tiub spair.. jawab nya sumbat daun2 pokok jelah 😁😁😁.. salah satu tips yang berguna.. jikalau tayar basikal bocor😁

♬ Saya Anak Malaysia – Dato David Aramugam & Nikki Palikat & Projector Band & Haoren & Priscilla Abby & Meer Nash & Jeryl Lee & Jenn Chia

Rata-rata ramai netizen yang teruja selepas melihat video tersebut. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang jarang atau tidak pernah menaiki kenderaan bertayar dua ini.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka membaiki tiub tayar yang bocor semasa berada di tengah-tengah jalan dengan menggunakan lalang atau rumput untuk membolehkan motosikal/basikal tersebut dapat bergerak sehingga menuju bengkel berhampiran.

vocket-pelumba-basikal-ajar-baiki-basikal-1
Sumber Gambar: TikTok Harrif Saleh
vocket-pelumba-basikal-ajar-baiki-basikal-2
Sumber Gambar: TikTok Harrif Saleh
vocket-pelumba-basikal-ajar-baiki-basikal-3
Sumber Gambar: TikTok Harrif Saleh
vocket-pelumba-basikal-ajar-baiki-basikal-4
Sumber Gambar: TikTok Harrif Saleh

Selepas ini sekiranya basikal atau motosikal anda mengalami masalah tiub tayar bocor tetapi tidak ada tiub ganti, bolehlah anda gunakan cara yang diajar melalui video TikTok Harrif Salleh di atas.

Anda juga boleh kongsikan tip mudah ini kepada mana-mana kenalan anda yang sering bermain basikal ataupun berkerja sebagai rider delivery.

Lihat telatah Chef Wan mengajar Uncle Roger memasak tanpa menggunakan MSG melalui pautan di bawah.

Chef Wan Buli Uncle Roger Dan Ajar Cara Masak Dengan Betul Tanpa Guna MSG