Seorang rider untuk perlumbaan Tour de France terpaksa meninggalkan perlumbaan tersebut selepas berlaku perlanggaran dengan peminat yang leka merakam aksi perlumbaan berkenaan dengan telefon pintar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejadian itu sempat dirakam dan dikongsikan pengguna Twitter Loy Victor. Daniel Oss, pelumba dari Itali yang mewakili pasukan TotalEnergies itu mengalami kecederaan di bahagian leher dan walaupun berada dalam kesakitan, beliau tetap juga menamatkan perlumbaan tersebut.

Daniel bagaimanapun tidak dapat meneruskan baki perlumbaan yang berlangsung kerana kecederaan yang dialaminya. Ketika kejadian dapat dilihat Daniel cuba memotong peserta lain yang berada di hadapannya.

Setiap tahun, peminat sukan ini tidak mahu terlepas peluang untuk memberi sokongan serta berada dekat dengan para pelumba. Namun, ada masa mereka terleka dan tidak perasan mereka sudah terlangkah ke kawasan jalan perlumbaan.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan pasukan TotalEnergies, pemeriksaan lanjut terhadap Daniel mendapati terdapat patah pada bahagian cervical vertebra yang memerlukan perhatian rapi untuk beberapa minggu.

Pelumba kedua yang turut sama terlibat dalam kemalangan itu, Michael Gogl turut mengalami kecederaan serius apabila patah tulang selangka dan pelvis.

Jun lalu, direktor perlumbaan Christian Prudhomme mengingatkan peminat supaya berhati-hati supaya kemalangan dapat dielakkan.

“Perlumbaan sejauh 3,500km ini mempunyai 29,000 anggota polis dan penyelamat yang berada dalam keadaan bersedia. Namun, menjadi kesukaran untuk mereka menjaga setiap penonton yang hadir dan terserah kepada peminat untuk jaga diri dan tidak mengganggu perlumbaan,” katanya.

Ini bukan pertama kali insiden seperti ini berlaku. Tahun lalu, seorang wanita yang melintas jalan secara tiba-tiba telah menyebabkan seorang pelumba basikal gagal tamatkan kayuhan. Baca pada pautan di bawah.

Lintas Jalan Secara Tiba-Tiba, Wanita Ini Jadi Punca Pelumba Basikal Gagal Tamatkan Kayuhan

Aksi ‘Downhill’ Di Kawasan Perumahan Bawa Padah, Rakan Berlanggar Dengan MPV Di Simpang

Sumber