Nama seorang pemain badminton negara sedang panas di Badminton World Federation (BWF) kerana dikatakan terlibat dalam skandal atur perlawanan.

Menurut sumber, pemain berusia 20an itu kini digantung daripada menyertai sebarang kejohanan dunia sehingga siasatan tamat. BWF sudah menghidu kegiatan pemain ini sejak Februari tahun lalu tetapi cuma mengambil tindakan tahun ini.

Badan berkenaan turut mempunyai bukti dalam bentuk perbualan WhatsApp berkenaan isu ini. BWF memulakan siasatan selepas meragui gaya hidup pemain ini yang serba mewah.

Badminton Association of Malaysia (BAM) menerusi video live di laman Facebook BAM mengesahkan pemain yang sedang disiasat bukan di bawah BAM. BAM juga tidak mahu menamakan sebarang individu dan akan menunggu laporan rasmi dari pihak BWF tentang isu ini.

Ini adalah kes pertama membabitkan pemain Malaysia dan jika sabit kesalahan, pemain ini boleh digantung seumur hidup dari sebarang kejohanan dunia selepas ini. Kes ini masih disiasat dan sebarang info lanjut akan diberitahu kelak.

Sumber