Kalau anda fikir Ronaldo atau Messi adalah pemain paling kaya di dunia, anda salah kerana ada pemain bola yang lebih kaya daripada dua pemain ini. Dan beliau baru berusia 19 tahun.

Faiq Bolkiah merupakan anak saudara kepada Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah. Faiq bermain di posisi winger yang sangat berbakat dan memulakan karier bola sepak beliau untuk kelab AFC Newbury. Faiq juga pernah bermain untuk Arsenal dalam sesi percubaan pada tahun 2013.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kemudiannya beliau ditawarkan kontrak selama dua tahun di Chelsea. Namun selepas setahun, Faiq membuat keputusan untuk menyertai Leicester City dengan kontrak 3 tahun.

https://www.instagram.com/p/BFWZp71o8QV/?hl=en&taken-by=fjbolkiah

Faiq Bolkiah merupakan antara nadi pasukan bola sepak Brunei ketika Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu dan merupakan kapten untuk pasukan Brunei. Walaupun beliau sebenarnya dilahirkan di Amerika Syarikat, Faiq Bolkiah memilih untuk bermain untuk negara Brunei.

Faiq Bolkiah boleh dikatakan masih jauh perjalanan untuk menerima gaji seperti yang diterima oleh Messi dan Ronaldo. Tetapi anda perlu melihat pula kepada latar belakang Faiq Bolkiah ini. Bapanya, Jefri Bolkiah sangat terkenal dengan sifat lavish-nya ketika berbelanja.

https://www.instagram.com/p/BMxwx34DXfF/?taken-by=fjbolkiah

Adik kepada Sultan Brunei itu dikhabarkan membelanjakan secara kasarnya 10 bilion pound (RM54.23 bilion+-) sepanjang 15 tahun sebagai ketua agensi Brunei Investment. Bapanya juga dipercayai memiliki hingga 2,300 kereta mewah dari jenama Bentley, Ferrari dan Rolls-Royce.

Pernah satu ketika Jefri menerbangkan terus Michael Jackson untuk datang dan mengadakan sebuah konsert peribadi untuk meraikan ulang tahun ke-50 beliau. Jefri dikhabarkan membayar Michael Jackson (RM67.78 juta+-)

https://www.instagram.com/p/BbJijlElTbV/?hl=en&taken-by=fjbolkiah

Jika diikutkan, boleh sahaja Sultan Hassanal Bolkiah terus membeli kelab Leiceister City supaya Faiq Bolkiah terus dapat diserap ke skuad senior Leicester. Namun, Faiq mahu naik sendiri dengan bakat yang beliau ada.

“Ibu dan ayah saya sentiasa menyokong dan membantu saya dalam mencapai impian untuk menjadi pemain bola sepak,” terang Faiq dalam satu temu bual. Semoga Faiq terus sukses dan berjaya bermain untuk skuad senior bersama Jamie Vardy dan pemain yang lain.

https://www.instagram.com/p/BdU4y3ihYQr/?hl=en&taken-by=fjbolkiah

Sumber