Pada ketika ini sedang berlangsungnya pertandingan tahunan terbesar Dota 2 iaitu The International 2022 yang menampilkan sejumlah pasukan daripada seluruh dunia. Pada kali ini, beberapa pemain Dota 2 Malaysia juga berpeluang menyertainya dan memenangi hadiah lumayan yang disediakan.

Sumber Gambar: Dota 2

Seorang pemain Dota 2 yang dikenali sebagai NothingToSay atau nama penuhnya Chen Jin Xiang yang berasal dari Malaysia ini berjaya memenangi bahagian hadiah berjumlah $600,000 bersamaan RM2.84 juta selepas menduduki tempat ke-lima di dalam pertandingan TI11 kali ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber Gambar: YouTube

Beliau telah bertanding di bawah pasukan PSG.LGD yang berpengkalan di China yang mana mereka mempamerkan corak permainan yang cukup hebat. Pada ketika ini, tinggal berbaki beberapa pasukan mewakili negara masing-masing mahu merebut hadiah utama yang berjumlah RM36 juta.

Malah, beliau bersama pasukan profesionalnya berjaya menduduki tempat kedua di dalam pertandingan yang sama dan memenangi sejumlah $5.4 juta (~RM21.6 juta) pada tahun lalu.

Sumber Gambar: Liquipedia

Dalam pertandingan yang sama, seorang pemain veteran Dota 2 Malaysia iaitu Mushi selaku jurulatih pasukan BOOM Esports telah berjaya menduduki tempat kesembilan dengan bahagian hadiah berjumlah $259,474 (~RM1.23 juta). Acara ini akan berlangsung sehingga 29 Oktober ini.

Dengan penyertaan beberapa pemain Dota 2 Malaysia di dalam pertandingan tahunan terbesar ini, mereka sebenarnya telah berjaya menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Malah, pemain profesional Malaysia secara langsung diakui sudah bertaraf dunia dan mampu meraih hadiah mencecah jutaan ringgit.

Sumber