Siapa tahu acara sukan online kini boleh buat duit. Ramai berpendapat terutamanya ibu bapa permainan seperti DOTA ini hanya menghabiskan wang dan masa sahaja. Realitinya, ianya kini berkembang pesat di seluruh dunia dan semakin mendapat tempat di Malaysia. Namun, ramai tidak menjangkakan pemain DOTA boleh menjadi jutawan hanya dengan bermain pertandingan DOTA sahaja!

Pemain e-sukan dari Malaysia mengutip kutipan tertinggi berbanding negara Asia Tenggara yang lain. Berikut adalah senarai mengikut negara tentang pendapatan yang pemain kita terima:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Malaysia – RM7,473,244
2. Singapore – RM7,328,540
3. Filipina – RM2,528,118
4. Vietnam – RM1,959,610
5. Thailand – RM1,687,253
6. Indonesia – RM241,161
7. Brunei – RM2,468

Jumlah di atas tidak termasuk gaji pemain dan tajaan yang diperolehi mereka. Dikhabarkan pemain seperti Chuan dan Mushi menerima tajaan jutaan ringgit daripada penaja di seluruh dunia. Berikut pula adalah pecahan pendapatan mengikut pemain:

dota

Menteri Belia dan Sukan kita, Khairy Jamaluddin sudah aware dengan e-sukan ini. Dengan perkembangan ini, e-sukan kemungkinan akan mendapat lebih perhatian dari pihak kerajaan tentang potensinya menaikkan nama negara di persada antarabangsa. Dan buat gamers semua, jaga-jaga LHDN mungkin turut mencari anda. LOL.

Khairy Jamaluddin Bersama Team Orange tahun 2013 di mana mereka mendapat tempat ke-3 di dota 2 championship
Khairy Jamaluddin Bersama Team Orange tahun 2013 di mana mereka mendapat tempat ke-3 di dota 2 championship

Kepada pemain DOTA, teruskan usaha anda menjadi pemain DOTA yang hebat dan kalau mak ayah bising tentang hobi anda ini, tunjuk artikel ini kepada mereka.