Pada tahun lalu, pasukan eSukan Malaysia berjaya mendapatkan dua pingat emas untuk Malaysia. Muhamad Haikal Bin Mohamad Noh merupakan salah seorang yang penyumbang pingat emas kepada negara menerusi kategori eFootball.

Terbaharu, beliau sekali lagi berjaya mencetus fenomena tersendiri apabila berada di ranking pertama dunia bagi kategori eFootball. Perkembangan ini dikongsikan sendiri oleh JDT|GBX Esports yang memaklumkan pemain itu telah berjaya mengumpul 1,540 mata sambil diikuti rapat pesaingnya dari Brazil, Senegal dan Jepun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sebaik perkara ini diketahui umum, beliau menerima respon positif daripada pengguna media sosial kerana pencapaian yang cemerlang bahkan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia e-sukan.

JDT|GBX Esports berada di kedudukan ke-14 dunia dan pertama bagi zon Asia untuk Siri Kelab FIFAe dan Piala Antarabangsa eFootball. Ini turut menjadikan JDT sebagai satu-satunya kelab Liga Malaysia yang bertanding dalam kejohanan tersebut.

Haikal selepas ini dijangka bakal menyertai pusingan kelayakan kejohanan dunia pada 30 Januari ini yang mana pada edisi lalu beliau sekadar menamatkan saingan di pusingan kedua.