Perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak pertengahan Mac lalu nyata memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat di negara kita.

Bukan sahaja golongan peniaga dan pekerja harian, tetapi golongan profesional seperti pemain bola sepak tempatan juga antara yang terkesan dengan sekatan yang berpunca daripada penularan wabak COVID-19 ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tatkala saingan bola sepak tempatan kini ditunda, salah seorang pemain Kedah FA, Azmeer Yusof berkongsi aktivitinya yang kini difahamkan sedang menguruskan perniagaan ikan segar.

“Ini aktiviti saya ketika PKP. Saya niatkan untuk tolong warga Lembah Klang merasai ikan segar.

“Ini juga pendapatan saya sewaktu PKP ini,” tulisnya dalam hantaran itu.

Lupakan bola sepak

Beliau dalam kiriman itu turut berpesan kepada rakan-rakan pemain untuk menganggap tempoh ini sebagai persediaan menghadapi persaraan yang bakal ditempuh nanti.

Ujarnya, pemain harus mengingati bahawa mereka tidak akan sentiasa berada di atas dan perlu memikirkan pekerjaan yang akan dilakukan pasca persaraan nanti.

“Saya nak ajak sahabat ‘sedunia’ dgn saya supaya kembali kepada yang asal.

“Lupakan bola sepak & fikirkan ke masa hadapan. Cari pendapatan lain, jangan mengharapkan gaji bola semata-mata.

“Ingat, tak selamanya bola sepak mahukan kita. Tak selamanya coach mahukan kita. Tak selamanya majikan mahukan kita. Prepare dari sekarang guys!” pesannya dalam hantaran tersebut.

Beliau pada masa sama turut berpesan kepada rakan-rakannya agar tidak malu untuk mencuba apa-apa pekerjaan selagi ia halal dan dibenarkan di sisi agama.

Malah, dia juga berkata mereka juga mungkin akan terkejut dengan pulangan yang diperolehi selepas memasuki dunia perniagaan sepertinya.

Azmeer Yusof adalah merupakan pemain bola sepak profesional bersama pasukan Kedah FA. Anda boleh ikuti hantaran asal yang dibuatnya di sini.

Baca perkongsian lain kami mengenai kisah masyarakat kita sepanjang berlangsungnya PKP ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Netizen Gesa Hantar Pulang Pelajar IPT Yang Masih ‘Tersangkut’ Di Kampus

Kerajaan Umum Pengecualian Memperbaharui Lesen Memandu Dan ‘Road Tax’ Sepanjang PKP

Kedai Gunting Rambut Dibenarkan Beroperasi Terima Pelbagai Reaksi Daripada Netizen