Kejadian ini berlaku di 2014 French Open sewaktu permainan ditangguhkan kerana hujan semasa pusingan pertama perlawanan tenis. Aksi spontan Novak Djokovic telah menarik perhatian para hadirin. Dia mengajak budak bola atau pembantunya di acara tenis tersebut duduk bersamanya di bawah satu payung sementara menunggu hujan reda.

novak-french-open-rain

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Dia bukan sahaja membenarkan budak itu duduk disebelahnya, dia telah menukarkan payung itu dengan raket tenisnya dan mempelawa budak itu minum air sambil melagakan botol minuman mereka. Tindakan Novak Djokovic itu telah membuatkan para hadirin ketawa dan ceria.

TENNIS-FRA-OPEN-MEN

Di media sosial pula, ramai telah memuji sifat rendah diri Novak Djokovic yang tidak membezakan taraf walaupun pada ketika itu dia orang kedua terbaik dalam arena tenis dunia. Menurut peminatnya, itu bukanlah pertama kali Novak Djokovic bertindak sedemikian rupa. Dia adalah penghibur di gelanggang tenis.

Novak Djokovic memenangi perlawanan tersebut dan budak itu pasti tidak akan melupakan hari terbaiknya bersama Novak Djokovic. Kini Novak Djokovic merupakan pemain tenis nombor 1 dunia. Respek! Such a class act by Djokovic!

novak

Ingatlah apabila anda ada kuasa untuk jadikan hari seseorang lebih baik daripada semalam atau jadikan hari terbaik dalam hidup seseorang, lakukannya sebaik mungkin. Tindakan anda itu tidak akan mengurangkan status anda. Malah, ia merupakan satu tindakan yang dihormati dan dikagumi ramai.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka