Memang menarik melihat keratan akhbar ini. Berita “Pemain Wilayah Mewah” ini telah dikongsi oleh seorang pengguna di Facebook Group Kongsi Gambar Vespa/ Lambretta/ Volkswagen/ Mini Tersadai/ Terbiar/ Baru Jumpa (ya nama group kereta antik ini sepanjang itu!)

Kami menjangkakan keratan akhbar ini dikeluarkan pada tahun 1986. Memang menarik melihat definisi kereta mewah 19 tahun dahulu. Honda, Mitsubishi dan Toyota adalah antara pilihan pemain bola sepak Wilayah Persekutuan. Dan antara pemain yang dipaparkan termasuklah Shebby (Sergabeth) Singh, Razip Ismail, Fandi Ahmad dan Saidin Osman.

78949845_826897277781450_2155897305031068250_n
HYPE
Cinta Orang Bunian Dengan Manusia Adaptasi Drama ‘Black’ Ini Bakal Buat Penonton Teruja
Baca lagi →

Kadar harga pula adalah antara RM11,000 sehingga RM47,000. Pada harga RM11,000 zaman sekarang, kita dapat kereta apa ye? ;)

Yang paling legend ialah kereta Toyota Truno AE86 milik Fandi Ahmad. Disebabkan cerita Initial D, sebuah cerita komik Jepun yang kemudian diadaptasi menjadi cerita wayang, kereta ini masih berharga RM50,000, walaupun ia telah dibina hampir 20 tahun yang lalu.

Like page The Vocket di Facebook

Anda Mungkin Suka